in

PSY Perform di Konsert Future Music Festival Asia FMFA 2013

PSY Bakal Perform di Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2013

Selepas timbul spekulasi mengatakan figura ini terlalu mahal, hingga membuatkan kononnya tidak ada satu pihak penganjur tempatan pun yang mampu menerbangkannya ke sini. Semua itu hanya spekulasi. Kerana, berita ini pasti akan membuatkan rakan sepejabat kami – Ida, Shaik dan Faizul melompat keriangan dan ini juga pasti berita gembira buat anda peminat PSY.

PSY Bakal Perform di Konsert Future Music Festival Asia

Pencetus fenomena Gangnam Style yang melanda seluruh dunia ni akan datang ke Malaysia sempena konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2013. Berita ini disahkan sendiri oleh Livescape selaku penganjur konsert tersebut.

Dalam sidang media khas yang diadakan hari ini bagi mengumumkan barisan artis, PSY adalah antara nama besar yang bakal membuat persembahan sekaligus menjadi perhatian para peminat.

Selain itu Future Music Festival Asia 2013 turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore.

Kesemua artis yang diumumkan penganjur hari ini adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur.

Manakala hari pertama pula akan menyaksikan ‘delegasi’ yang diketuai Armin Van Buuren tampil sebagai sebahagian daripada siri A State of Trance 600: The Expedition World Tour.

Jadi, jangan lupa kosongkan jadual anda daripada sebarang aktiviti pada 16 Mac tahun depan, mari kita ber’gangnam style’ di litar Sepang!

PSY Oppa Gangnam Style

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

L’Oréal Paris Fall Repair 3X

Cara Impiana KLCC Hotel Sambut Deepavali