in

Promosi Maxis Sempena Aidilfitri 2013

Maxis meneruskan kempen Salam Ikhlas di mana pelanggan boleh mengakses lebih daripada 30 produk dan perkhidmatan Islam di pelbagai peranti.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya yang akan datang, Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi di Malaysia, telah memperkenalkan pelbagai tawaran dan promosi yang menarik untuk pelanggan pascabayar, Hotlink dan Maxis Home.

Maxis

Antaranya termasuk tawaran telefon pintar Raya Maxis, di mana pelanggan boleh mendapatkan Huawei Y300, Sony Xperia E atau Nokia Lumia 520 secara percuma apabila mereka mendaftar untuk pelan TalkMore28 dan internet mudah alih, serta diskaun untuk peranti diupaya LTE. Peranti-peranti ini boleh didapati di Pusat Maxis di seluruh negara dan juga boleh dibeli melalui Maxis Online Store di https://store.maxis.com.my.

Tawaran telefon pintar Raya Maxis adalah sah sehingga 30 September 2013. Pelanggan Maxis dan Hotlink juga akan menikmati diskaun sehingga 30% bagi Panggilan Terus Antarabangsa (Intenational Direct Dialing – IDD) ke 10 negara pada Hari Raya pertama.

Selain itu, Hotlink menawarkan para pelanggannya pelayaran internet tanpa had pada musim Raya ini dengan Hot Tiket Internet Tanpa Had, yang boleh didapati untuk hanya RM15. Hot Tiket ini boleh dibeli di mana-mana Pusat Maxis atau peniaga Hotlink di seluruh negara, dan boleh didapati sehingga 31 Disember 2013. Untuk mengaktifkan Hot Tiket ini, pelanggan perlu mendail *105*16 kod digit# dari telefon mudah alih mereka.

Bagi perkhidmatan kediaman, Maxis telah memperkenalkan satu tawaran eksklusif Raya bagi perkhidmatan Internet Gentian Maxis Home dengan Astro B.yond IPTV, di mana pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan tersebut akan menerima rebat sebanyak RM800 bagi pembelian TV Internet Sony Bravia 46”. Tawaran ini adalah sah sehingga 15 September 2013.

Telefon pintar percuma bagi pelanggan yang mendaftar untuk pelan TalkMore28 dan internet mudah alih. Hot Tiket Internet Tanpa Had dengan kuota data sebanyak 500MB selama 15 hari, pada harga RM15

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata,

“Bersempena musim perayaan ini, ia amat bersesuaian untuk Maxis memberi ganjaran kepada para pelanggan kami dengan tawaran istimewa bagi produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Kami berharap proposisi yang menarik ini akan meningkatkan pengalaman komunikasi mereka antara satu sama lain terutamanya apabila keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan hari yang istimewa ini.”

Rebat sebanyak RM800 bagi TV Internet Sony Bravia 46” dengan pendaftaran Internet Gentian Maxis Home dan IPTV Astro B.yond atau Internet Gentian Maxis Home. Diskaun sehingga 30% bagi panggilan IDD ke 10 negara pada Hari Raya pertama

Maxis juga meneruskan kempen Salam Ikhlas, iaitu serangkaian kandungan dan perkhidmatan Islam bersepadu yang merangkumi lebih daripada 30 perkhidmatan Islam merentasi pelbagai peranti.

Perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan di bawah Salam Ikhlas 2013 adalah aplikasi Maxis Traffic Monitoring percuma, yang membolehkan pelanggan untuk memantau keadaan trafik pada masa nyata(real-time) dari telefon mudah alih mereka, menjadikannya lebih mudah bagi para pelanggan untuk merancang perjalanan mereka terutamanya semasa musim perayaan. Aplikasi ini membolehkan pelanggan memantau keadaan trafik di 30 lokasi di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Untuk mengakses Salam Ikhlas, pelanggan hanya perlu dail *222# dari mana-mana telefon mudah alih.

Bersempena dengan perayaan Raya tahun ini, dan bagi menghargai sokongan mereka, ahli-ahli pasukan pengurusan Maxis juga telah mengedarkan biskut Raya kepada para pelanggan di Pusat Maxis KLCC baru-baru ini. Maxis juga telah memperkenalkan iklan TV Raya, yang memfokuskan tema berhubung dengan orang yang tersayang, terutamanya pada musim perayaan ini. Iklan ini boleh disaksikan di saluran YouTube Maxis di www.youtube.com/maxis dan akan mula ditayangkan di TV pada Hari Raya pertama.

Atau, untuk maklumat lanjut mengenai:
1. Tawaran Telefon Pintar Raya, sila layari www.maxis.com.my.
2. Hot Tiket Internet Tanpa Had, sila layari www.hotlink.com.my.
3. Internet Fiber Maxis Home dengan Astro B.yond IPTV & Internet Fiber Maxis Home, sila layari maxis.com.my/fibreoffer.
4. Salam Ikhlas, sila layari www.maxis.com.my/ikhlas.

Maxis
Maxis
Maxis


Tawaran Telefon Pintar Raya
Pada musim Raya ini, Maxis telah memperkenalkan satu tawaran telefon pintar untuk semua jenis pelanggan, dengan proposisi peranti yang akan memenuhi keperluan masing-masing. Maklumat terperinci mengenai tawaran telefon pintar Raya Maxis adalah seperti berikut:

maxis

Selain itu, para pelanggan yang berhijrah ke Maxis daripada pembekal perkhidmatan yang lain akan layak untuk telefon pintar percuma serta menikmati diskaun tambahan sebanyak RM200 daripada harga telefon pintar mid-range, serta peranti diupaya LTE seperti Samsung Galaxy S4, BlackBerry Q10 dan iPhone 5, apabila mereka mendaftar untuk pelan terpilih.

Hot Tiket Internet Tanpa Had Hotlink
Pelanggan Hotlink akan dapat menikmati pelayaran tanpa had pada musim perayaan ini dengan Hot Tiket Internet Tanpa Had Hotlink, yang menawarkan kuota data sebanyak 500MB dan internet tanpa had selama 15 hari, pada hanya RM15. Apabila pelanggan telah mencapai kuota data, mereka masih akan dapat melayari internet pada kelajuan 64Kbps.

Di samping itu, pelanggan Hotlink boleh menebus dua ketul ayam KFC percuma dengan membeli dua RM15 Hot Tiket Internet dan menyampaikannya di mana-mana kedai KFC di seluruh negara. Tawaran ini sah sehingga 30 September 2013.

Promosi IDD Raya
Pada hari Raya pertama, pelanggan Maxis dan Hotlink akan dapat menikmati diskaun sehingga 30% bagi panggilan IDD (Direct Dial dan Hot IDD 132) ke 10 negara, iaitu Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Pakistan, Arab Saudi, Singapura, Thailand, UK dan Amerika Syarikat.

Pelanggan hanya perlu mendail 00 (kod negara) (kod kawasan) (nombor telefon), bagi panggilan Direct Dial dan 132 00 (kod negara) (kod kawasan) (nombor telefon) bagi panggilan Hot IDD 132. Tawaran ini sah pada hari Raya pertama sahaja.

Tawaran Raya bagi Internet Gentian Maxis Home dengan IPTV Astro B.yond & Internet Gentian Maxis Home
Pelanggan Maxis akan dapat menikmati rebat sebanyak RM800 dengan pembelian TV Internet Sony Bravia 46”, dengan hanya mendaftar untuk pakej Internet Gentian Maxis Home dengan IPTV Astro B.yond atau Internet Gentian Maxis Home. Dengan tawaran yang terhad ini, pelanggan boleh mendapatkan internet TV definisi tinggi pada hanya RM2,699 (selepas rebat), bersama dengan alat kawalan jauh TV Sony NFC bernilai RM199.

Perkhidmatan Internet Gentian Maxis Home 10Mbps menawarkan pelanggan kelajuan dua kali ganda tetapi pada harga yang sama seperti pembekal perkhidmatan jalur lebar gentian yang lain, serta diskaun bulanan sebanyak RM25 bagi pakej Astro Superpack dan saluran HD tambahan tanpa caj tambahan apabila mereka mendaftar untuk pakej IPTV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EXO Bakal Gegarkan MTV World Stage Live In Malaysia 2013

Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak