in

Program Raya RTM 2012

Anda mahu tahu tak senarai Program Raya RTM 2012? Kalau nak tahu, sebenarnya banyak acara dan program TV yang diatur khas untuk penonton tapi kat bawah ni hanya beberapa yang Budiey tahu di mana program ini telah menjalani rakaman baru-baru ini.

Tiada Lama Tiada Baharu Aidilfitri
Edisi Khas 2 episod dari rancangan mingguan yang bersiaran setiap Isnin , jam 9.00 malam di TV1.
Kali ini dirakan khas dengan elemen Aidilfitri bersama penonton di studio 1 Angkasapuri. Penglibatan artis veteran dan baharu. Seperti Dayang Nurfaizah, Shila Amzah, Lan Typewriter, Akim AF, pelawak Jalil Hamid, Wan Maimunah, Harun Salim Bachik dan Hamid Gurka.
Pengacara oleh : Raja Azura Norashidah Abd Hamid

Pesona Aidilfitri Bersama Orkestra RTM
Merupakan sebuah program hiburan dalam acara Orkestra untuk tahun ini. Seperti tahun yang lepas, Orkestra RTM menampilkan Noryn Aziz, namum kali ini cukup berbeza kerana menampilkan 3 orang artis istimewa kelahiran RTM iaitu Alyah, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah dengan mendendangkan lagu – lagu baharu dan nostalgia Aidilfitri. Pastinya dapat mengubat rindu buat peminat di luar sana. Rakaman Langsung selama 2 jam ini berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri bersama kemeriahan penonton berbaju raya! Rashidah Ali

Sri Pantun Aidilfitri
Edisi khas 3 episod dari siri pertama sitkom yang memaparkan kisah-kisah lucu yang berlaku di sebuah retoran Melayu bernama Sri Pantun. Melibatkan artis iaitu, Abon, Kak Engku, Tauke Raja Lawak, Ebby Yus, Azrul Raja Lawak, Sathiya, Angelene Tan dan ramai lagi. Sarena Mohd Salleh

Aktif 5 Raya
Hiburan pertandingan ceria ( games show ) diantara artis-artis , wartawan dan ikon-ikon RTM dalam suasana Aidilfitri. Terdiri daripada artis-artis popular, para wartawan dan ikon RTM. Antara artis yang terlibat ,Mawi, Izara Aishah, Zoey Rahman, Lan Kristal, Ezad Lazim, Ernie Zakri, Ahdan Salleh, Azrul Zaidi Raja Lawak dan Muaz. Ain Sabrina On

Raya Sama – Sama
Hiburan muzikal yang mengimbau kenangan masa lampau sehingga masakini. Memaparkan suasana sambutan Aidilfitri di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dipancarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri di malam menjelang Aidilfitri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Telemovie Sempena Aidilfitri 2012 di TVi

TV3 Anjur BAZAR TERBAIK RAYA TV3