in

Program Menarik Sempena Krismas 2011 8TV

Meriahkan Krismas anda bersama 8TV!

Santa kembali membawa keajaiban ke kaca TV anda sempena sambutan Hari Natal ini! 8TV sekali lagi bakal memeriahkan sambutan Hari Natal anda dengan menyediakan program-program menarik untuk hiburan penonton semua. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton pelbagai program menarik yang telah disediakan di samping bergembira dengan sambutan Hari Natal nanti!

THE X FACTOR GRAND FINALS
Tarikh Siaran & Hari: 24 Disember 2011, Sabtu
Masa: 10.30 malam – 12.30 pagi
The X-Factor bakal melahirkan juara pertamanya tidak lama lagi! Program realiti terkemuka ini bakal mengakhiri siri pertamanya tidak lama lagi dan nantikan peserta yang bakal membawa pulang gelaran juara The X-Factor. Siapakah peserta yang berjaya memikat hati khalayak dengan kehebatan vokal dan personaliti menarik? Pastikan anda menyaksikan juara The X-Factor yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa kontrak bernilai $5 juta yang juga merupakan hadiah terbesar ditawarkan dalam sejarah televisyen. Saksikan gelagat-gelagat barisan juri yang terdiri Simon Cowell,Paula Abdul, penyanyi terkenal yang juga ahli kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, Penerbit muzik terkemuka, L.A Reid dan juga juri jemputan yang akan menggamatkan suasana di The X-Factor Grand finals nanti!

show

CONMAN IN TOKYO
Tarikh Siaran & Hari: 24 Disember 2011, Sabtu
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Dibintangi Nick Cheung Ka-Fai dan Louis Koo Tin-Lok, filem yang telah diterbitkan oleh Wong Jing berunsurkan aksi komedi bakal menemui penonton Disember ini! Filem ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Cheung yang mempunyai tabiat berjudi dan suka berbangga diri membuatkan dirinya sentiasa dihimpit masalah. Cheung berazam untuk mencari Koo, seorang yang dikenali dikalangan penjudi yangtelah bersara untuk membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pelakon cantik Christy Chung Lai-Tai dan Athena Chu Yun telah membuktikan bakat masing-masing beraksi dalam filem genre aksi komedi ini dengan membawa watak sebagai teman wanita kepada Cheung dan teman wanita si jahat Ben Lam Kwok-Bun. Dengan berlatar belakang bandar Tokyo dan plot cerita yang menarik, filem yang telah diterbitkan dengan kos yang tinggi ini bakal menghiburkan dan membuatkan penonton tertawa dengan aksi-aksi lucu barisan pelakonnya. Bersedia untuk mempertaruhkan malam anda dengan Conman In Tokyo!

SHOW ON CRUEL STAGE CONCERT LIVE ( Premiere on Malaysian TV)
Tarikh Siaran & Hari: 25 Disember 2011, Ahad
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
Artis terkemuka Taiwan Show Luo sekali lagi berjaya mengambil hati peminat-peminatnya. Buat peminat-peminat Show Luo, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mantap Show On Cruel Stage Concert Live yang dibawakan secara lansung hanya di 8TV! Show Luo bakal mempersembahkan lagu-lagu hits dari lima buah album pertamanya dan akan menampilkan persembahan hebat dari artis jemputan seperi Rainie Yang dan juga Show akan menyanyikan lagu-lagu dari penyanyi Cantopop seperti Alex To dan Aaron Kwok. Saksikan persembahan-persembahan menarik dan menghiburkan dari Show Luo pada hari Krimas nanti!

MTV MOVIE AWARDS 2011
Tarikh Siaran & Hari : 25 Disember 2011, Ahad
Masa: 12.30 pagi – 2.00 pagi
Anugerah kegilaan ramai telah kembali! 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda MTV Movie Awards 2011 ini yang diadakan di L.A. Gibson Ampitheatre. Pastikan anda bersama-sama menikmati kemeriahannya dan saksikan keunikan fesyen selebriti antarabangsa di anugerah terkemuka ini. Siapakah yang bakal membawa pulang ‘Popcorn Emas’? Mempertaruhkan kategori-kategori yang dipertandingkan seperti “Best Kiss”, “Best Fight” dan kategori baru seperti “Best Line from a Movie”, pastinya anda akan terhibur dan terus berada di depan kaca TV anda! Bersedia untuk berhibur dan bergelak ketawa dengan kemunculan Jason Sudeikis sebagai hos pada malam yang tidak boleh dilupakan itu nanti.

NINJA ( Movie Special )
Tarikh Siaran & Hari: 25 Disember 2011, Ahad
Masa: 10.30 malam – 12.15 pagi
Bersedia untuk mendalami dunia ninja pada Krismas nanti! Ikuti kembara Casey, seorang pelajar yang mendalami ilmu Ninjitsu di Jepun dan telah diamanahkan untuk mempertahankan senjata dari ninja Koga terakhir yang disimpan di dalam peti rahsia dan telah ditempatkan di New York. Dalam usaha untuk menyelamatkan cinta hatinya, Caset terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan kejahatan Masazka dan Mr. Temple. Dengan menggunakan Yoroi Bitsu sebagai umpan, Casey berjaya memerangkap musuhnya. Nantikan kesudahan Ninja yang dibintangi oleh Scott Adkins, Mika Hijii dan Tsuyoshi Ihara!

TRICKY KING
Tarikh siaran & Hari: 26 Disember 2011, Isnin
Masa: 2.00 petang – 4.00 petang
Bersedia untuk bergelak ketawa dengan telatah Ohmygod, seorang lelaki yang berperwatakan jujur dan lurus yang telah dianiaya oleh rakan sekerja barunya Tricky King, yang bijak memperdaya orang-orang sekelilingnya. Akibat percaya dengan helah tricky king itu, Ohmygod akhirnya dibuang kerja dan dibenci gadis idamannya. Tiada tempat untuk mengadu nasib, Ohmygod telah berjumpa dan meminta bantuan Tricky King. Sekali lagi Tricky King cuba untuk memperdaya Ohmygod tetapi akhirnya berubah apabila mengenali Ohmygod dan bersetuju untuk membantu mengajarnya. Tugas pertamanya adalah untuk menjatuhkan Sylvia yang berniat jahat untuk mengambil alih harta bapanya, Mr.Go apabila bapanya meninggal dunia. Sylvia juga merupakan kakak tiri kepada Golumbus. Keadaan menjadi lebih sukar apabila Sylvia juga merupakan seorang yang penuh dengan tipu helah sementara Ng yang juga merupakan anak murid Tricky King telah jatuh cinta padanya. Golumbus juga akhirnya mengambil keputusan untuk meminta bantuan King untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Saksikan cerita yang penuh elemen drama dan komedi ini di kaca TV anda pada 26 Disember ini!

VIDEO GAME AWARDS 2011
Tarikh Siaran & Hari: 26 Disember 2011, Isnin
Masa : 12.15 pagi – 2.00 pagi
Rancangan anugerah VIDEO GAME AWARDS 2011 yang menghargai kualiti dan pencapaian menakjubkan dalam permainan video, pereka cipta permainan video, animasi, kecanggihan teknologi, muzik dan banyak lagi ini bakal dihoskan oleh pelakon terkenal Neil Patrick Harris. Rancangan anugerah ini juga bakal memperlihatkan klip-klip dan game menarik yang akan muncul dalam industri yang digilai terutama kaum lelaki ini. Rancangan anugerah yang bakal diceriakan dengan wajah-wajah terkemuka Hollywood ini juga akan mempersembahkan permainan video terbaik dan terbaru dalam industri ini seperti Batman: Arkham City, Resistance 3, dan Call of Duty: Modern Warfare 3.

“Kami di 8TV ingin menceriakan sambutan Hari Natal anda dengan menghidangkan program-program menarik kepada penonton-penonton setia kami. Kami telah menyediakan seleksi rancangan dan program yang bakal memeriahkan sambutan anda tahun ini! Kami di 8TV juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada semua penonton setia kami. Pastikan anda terus berhibur dengan rancangan dan program menarik yang telah kami sediakan khas buat and,.” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

Berhibur bersama 8TV yang juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Ninja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ritzy Glitzy di Sungei Wang Plaza

Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Johor Bahru