in , ,

Program Fesyen Pret A Porter Terbaharu Menampilkan Selebriti Kacak Bergaya

Program berkaitan fesyen sememangnya memiliki pengikutnya sendiri. Fesyen dikaitkan dengan gaya atau tingkah laku yang menjadi popular pada satu-satu masa apatahlagi bila ianya digayakan oleh selebriti terkenal. Mudah sahaja ianya untuk diterima dan menjadi pilihan dalam kalangan pengikut setia selebriti tersebut.

Hakikatnya fesyen berubah mengikut putaran masa. Ia berubah mengikut selera seseorang. Namun biar apapun fesyen yang muncul, orang sekarang lebih bergaya dan lebih berani memperagakan fesyen pakaian kegemaran mereka. Pada masa sama akan meningkatkan imej mereka di mata masyarakat dan membuat mereka berasa lebih konfiden.   

Terbaharu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil menerusi program fesyen khas untuk digayakan baik lelaki mahu pun wanita dalam rancangan diberi tajuk “Pret A Porter” yang menemui penonton mulai 5 November ini, setiap Khamis, pukul 8.00 malam di TV Okey. 

Menampilkan hos Husna Mustaffa, 13 episod program ini bakal mengetengahkan kepelbagaian topik dan tip berfesyen lelaki dan wanita. Begitu pun sesuatu yang menonjolkan kelainan program ini kerana dalam setiap episod akan mengundang artis terkenal berbeza berkongsi fesyen kegemaran mereka yang digayakan setiap hari dan menjadi identiti diri mereka. 

Hos...Husna Mustaffa
Husna Mustaffa

Artis yang dijemput dalam program ini terdiri daripada pelakon dan penyanyi dikenali ramai dan mempunyai pengikut mereka sendiri.

Episod pengenalannya pada 5 November ini mengundang pelakon Sharifah Sakinah dan seterusnya Naim Danial, Amira Othman, Hun Haqeem, Cik Manggis, Ismail Izani dan Julia Farhana.

Selain itu program ini turut menampilkan pelakon Ikmal Amry, Syuhaida Abraz, Iswan Ismail, Diana Danielle, Sean Lee dan Husna Mustaffa.

Untuk mengetahui apakah fesyen artis yang boleh dijadikan inspirasi dalam menonjolkan diri seseorang itu berfesyen, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MUKHSIN Arahan Yasmin Ahmad Ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo

Aznil Nawawi Tampil Dengan Program Realiti Dalam Talian Terbaharu hurr.tv JUAL LETOP