in

Program Countdown 2013 Di TV1

Program Countdown 2013 Di TV1 : Telemovie, Konsert dan Filem Animasi Terbaik

[dropcap]T[/dropcap]elemovie kelakar mencuit hati bila si suami lakonan Kamarulzaman Taib atau Cik Kem yang telah beristeri empat; Nadia Mustafa, Faezah Elai, Jasmin Hamid, Siti Elizad dan Sharifah Nadia mahu berkahwin lagi antara drama terbaik dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 meraikan kira detik tahun baharu 2013 khas untuk tontonan seisi keluarga.

[pullquote align=”right”]Telemovie Mambo # 5 menemui penonton pada 30 Disember 2012, jam 10.00 pagi ini mengisahkan Haji Soud lakonan Cik Kem yang telah beristeri empat.[/pullquote]

Tapi kebahagiaan yang dicari tak ditemui dalam keempat-empat rumah tangga yang di bina meskipun mereka semua pilihan hatinya sendiri. Saadiah, seorang doktor, Normadiah jutawan kosmetik, Kamariah pula anak kontraktor kaya raya dan Rabiah muda jelita yang baru berusia 21 tahun. Pada masa sama seorang wartawan bernama Kelly sibuk mencari suami kerana dia tergolong dalam golongan Andalusia.

Semuanya bermula bila Haji Soud terserempak dan jatuh sinta dengan Kelly apatahlagi cintanya tdak bertepuk sebelah tangan. Ketika itu Haji Soud mula merancang untuk menceraikan salah seorang daripada isterinya untuk berkahwin dengan Kelly. Satu hari berlaku kejadian di mana Haji Soud bertindak menceraikan semua isterinya kerana marah dengan tindakan mereka menyerang Kelly. Namun adakah tindakannya tepat? Adakah Kelly benar-benar pilihan hatinya?

Teruskan berhibur dengan konsert hiburan khas tahun baru, Eksklusif Dari … Shima, Misha Omar dan Tomok pada 30 Disember 2012, jam 3.30 petang. Konsert kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini menyaksikan tiga penyanyi popular negara ini berkongsi pentas menyampaikan lagu popular masing-masing di samping lagu duet masing-masing antaranya lagu Teringin, Sembunyi, Pulangkan dan single terbaru Tomok bertajuk Aku Datang yang menjadi lagu tema Filem Istanbul Aku Datang.

Penonton cilik pula usah ketinggalan menyaksikan filem animasi The Wild pada 31 Disember 2012, jam 3.05 petang. Ia mengisahkan Ryan, seekor singa dan Samson, seekor zirafah yang berasal dari Zoo di New York. Mereka masing-masing terperangkap di bumi Afrika. Ryan merasa gembira kerana dapat mengalami kehidupan liar yang sebenar. Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila Ryan terpaksa berdepan dengan keganasan kehidupan liar dan bencana alam yang menyebabkan dia mahu segera kembali ke New York.

Bersama kira detik 2013 dengan program-program khas Tahun Baharu hanya di TV1.

telemovie mambo#5 khasbabak pergaduhan dalam Mambo#5Nadia Mustafa lakon watak isteriposter copy 2

filem The Wild

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain di Konsert My 2013 di Dataran Merdeka

Siti Nurhaliza Bersyukur Datuk K Semakin Sihat & Selamat Sampai di Malaysia