in

Pria Band Lancar Single Kasih Jangan Pergi

KASIH JANGAN PERGI – Single popular yang berjaya melonjakkan nama Pria Band dalam industri muzik di Malaysia. Lagu tema drama bersiri – DEMI DIA yang di tayangkan di slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadhan yang lalu benar – benar membawa tuah kepada kumpulan yang baru berjinak – jinak mencipta nama di pasaran Malaysia.

Pria Band terbentuk pada awalnya kerana kesepakatan Vokalis – Pria dan Reza yang kebetulan mempunyai hobi dan minat yang sama. Oleh yang demikian mereka menubuhkan Pria Band versi Duo pada 9 Jun 2012.
PRIA BAND banyak dipengaruhi oleh genre muzik dari band – band seperti NOAH, ST12, WALI, MORRISEY, DAVID COOK, MATT NATHANSON

Sebelum memainkan lagu – lagu genre Pop Melayu, mereka lebih dikenali dengan lagu – lagu ke arah pop alternative. Dan kebanyakan persembahan mereka disekitar Bandung, tempat asal mereka.

Kini Pria Band muncul bersama ahli yang lain dan tidak lagi dikenali sebagai Duo. Antara yang menganggotai Pria Band ialah –

  1. PRIA – VOCAL
  2. REZA – GUITARIST
  3. ONY – LEAD GUITAR
  4. YAN – “PENKZ” BASS

Pria Band kini bernaung di bawah BP Music & Afie Enterprise di Indonesia dan FMC Music untuk pengurusan di Malaysia. Pria Band melahirkan rasa syukur kerana single pertama mereka ciptaan Denis Nirwana Band – Kasih Jangan Pergi diterima, dan berharap single ke – 2 mereka nanti juga mendapat tempat di hati penggemar muzik di Malaysia.

Pria Band

Pria Band

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ana Dahlia & Dazrin Kamaruddin Disandingkan Dalam Drama

Program Dapur Panas Kembali Panas