in ,

Presiden Karyawan Gesa Sheila Majid Letak Jawatan, Mahu Jumpa Perdana Menteri Berhubung Isu Royalti Artis

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan isu berhubung royalti artis.

Freddie berkata, pertemuan bersama Perdana Menteri itu akan dibuat sekiranya kemelut mengenai isu berkenaan tidak dapat diselesaikan.

“Saya dah lawan mengenai perkara ini  selama 20 tahun dan ini kali terakhir saya akan berusaha untuk menyelesaikannya.

“Jika tidak, saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri dah menerangkan tentang masalah ini. Lagipun beliau juga mempunyai seorang anak yang juga merupakan seorang penyanyi,”

– Freddie Fernandez

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkenaan isu royalti artis yang berlangsung pada hari ini.

Presiden Karyawan Mahu Jumpa Perdana Menteri Berhubung Isu Royalti Artis

Sebelum ini, timbul isu berkenaan royalti yang tidak diagihkan kepada artis oleh badan pengutip royalti.

Malah, ada artis yang turut bersuara apabila hanya mendapat ringgit sahaja duit royalti, meskipun sudah belasan tahun menjadi artis.

Isu ini juga telah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah melakukan siasatan mengenainya.

Dalam pada itu, Freddie juga menggesa supaya Pengerusi Recording Performance Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid supaya segera meletakkan jawatan.

Menurut beliau, sejak tahun 2018 RPM menjadi badan untuk mengutip royalti artis setelah Performer’s Rights Interest Society Of Malaysia (PRISM) dibubarkan.

“RPM macam tidak bermaya, jarang buat kenyataan kepada ahli tentang royalti. Saya juga sudah 50 kali menyuruh Sheila meletakkan jawatan.

“Namun, dia kata takkan buat apa-apa kenyataan sehingga penyiasatan SPRM habis dan mungkin akan ambil masa hingga dua tahun,” ujarnya yang juga merupakan ahli RPM.

– Freddie Fernandez

Ujarnya, setakat ini pihaknya sudah membuat petisyen yang sudah ditanda tangan seramai 114 artis yang menjadi RPM.

Selain itu, dia juga memberitahu seramai 67 ahli PRISM yang turut memberi mandat kepadanya untuk mengatasi masalah ini. 

“Sheila… Get Out!” – Freddie Fernandez Desak Sheila Majid Letak Jawatan, Nak Jumpa Pm Jika Isu Royalti Tak Selesai

KEMELUT antara persatuan seni denganPengerusi, Recording Performers Malaysia (RPM) Datuk Sheila Majid masih tidak berkesudahan apabila Presiden, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez merancang untuk bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan isu berkaitan royalti artis.

Freddie, 67, berkata, ia adalah jalan terakhir yang akan dilakukan sekiranya kemelut mengenai isu berkenaan tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya sudah lawan mengenai perkara ini selama 20 tahun dan ini kali terakhir saya akan berusaha untuk menyelesaikannya, kalau saya gagal saya akan lompat dalam laut.

“Baik Sheila (Datuk Sheila Majid) atau ahli perlu letak jawatan, get out! Jika tidak, saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri dan menerangkan tentang masalah ini.

“Lagipun beliau (Muhyiddin) juga mempunyai seorang anak yang juga penyanyi, ”

– Freddie Fernandez
“Sheila... Get Out!” - Freddie Fernandez Desak Sheila Majid Letak Jawatan, Nak Jumpa Pm Jika Isu Royalti Tak Selesai
Saya juga sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan.

Freddie ditemui pada sidang media berkenaan isu royalti artis di pejabat Karyawan, di Petaling Jaya, pada Isnin.

Dalam pada itu, Freddie turut menggesa, Datuk Sheila Majid agar segera meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi, Recording Performers Malaysia (RPM) dan bertanggungjawab dalam kemelut ini.

Tambah Freddie, seramai 114 artis yang juga ahli RPM sudah menandatangi petisyen agar penyanyi itu tidak memegang jawatannya.

Sheila Majid
Sheila Majid

“RPM macam tidak bermaya, jarang buat kenyataan kepada ahli tentang royalti. Saya juga sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan.

“Namun, dia kata takkan buat apa-apa kenyataan sehingga penyiasatan SPRM habis dan mungkin akan ambil masa hingga dua tahun,”

– Freddie Fernandez

Pada Rabu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Serbuan dibuat susulan maklumat daripada Presiden Karyawan itu berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau ‘public performance’ di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Note10+ Dijual Semurah RM2,199 Sempena Jualan Akhir Tahun

Netizen Syak TokTi Hamil Anak Kedua? Bakal Umum di Sidang Media Virtual Pada 1 Disember?