in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem PRECIOUS CARGO

Premiere With Budiey terus menghiburkan semua Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang sememangnya sentiasa memeriahkan sinema Malaysia, Budiey alu-alukan kepada anda semua sebuah filem drama aksi yang wajib ditonton berjudul PRECIOUS CARGO di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Kalau nak tahu, filem arahan Max Adams dan skrip pula ditulis oleh Max Adams dan Paul V. Seetachitt ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 5 Mei 2016.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer PRECIOUS CARGO yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.




Filem lakonan bintang Hollywood ternama seperti Mark-Paul Gosselaar sebagai Jack, Bruce Willis sebagai Eddie, Claire Forlani sebagai Karen, Lydia Hull, John Brotherton dan Daniel Bernhardt ini mengisahkan tentang kejahatan pencurian kelas dunia, dan pada ketika itu ketua penjenayah paling dikehendaki dipimpin oleh Eddie (Bruce Willis). Dia berusaha masuk dalam dua dunia kejahatan profesional untuk mengambil keuntungan dari kedua penjuru, pencuri dan yang dicuri. Budiey tak nak cerita panjang tentang sinopsis kerana anda sendiri patut tonton filem ini di pawagam ya.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem seram yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

PRECIOUS CARGO

Set on the Mississippi Gulf Coast in the world of double-crossing professional thieves, PRECIOUS CARGO follows a con man and thief (Mark-Paul Gosselaar) who is forced into a dangerous armored car heist when his former lover and partner in crime (Claire Forlani) shows up pregnant with his child — and her vengeful boss (Bruce Willis) in deadly pursuit. Story set in the world of multi-million dollar heists and professional thieves, double-dealing and double-crosses.

Peraduan Tayangan Premiere Filem PRECIOUS CARGO

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 137 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
4 Mei 2016 (Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere PRECIOUS CARGO – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PreciousCargoMovie

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #PreciousCargoMovie kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon filem PRECIOUS CARGO

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere PRECIOUS CARGO – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere PRECIOUS CARGO – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

2 Mei 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 5 Mei 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

PRECIOUS CARGO

PRECIOUS CARGO

PRECIOUS CARGO

PRECIOUS CARGO

PRECIOUS CARGO

PRECIOUS CARGO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Youtube Introduce 360-Degree Live Streaming

CYRILL HASSAN

Ulasan Filem CRIMINAL Dari Kaca Mata Penonton