in ,

Mudah, Bersih & Kemas di Premier Inn, Leicester City Centre

Terletak betul-betul di kawasan tengah pusat kota Leicester, salah sebuah bandar yang tidak kurang popular di United Kingdom, Hotel Premier Inn Leicester City Centre merupakan sebuah pusat penginapan praktikal yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu penginapan terbaik di situ, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga. Lagipun, jenama Premier Inn merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di sana. Ia terkenal kerana harganya yang murah dan sangat berpatutan. (mirip rangkaian hotel Seri Malaysia di negara kita)

Premier Inn, Leicester City Centre

Mempunyai lokasi yang strategik di Leicester, ia mudah ditujui kerana berada di tengah kota dan terletak betul-betul di sebelah stesen keretapi utama Leicester. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunannya yang moden dan tinggi, pasti ramai yang sukakan lokasi penginapan berprestij ini.

Mempertaruhkan bilik-bilik hotel berkonsep kontemporari seiring masa kini, ia turut menawarkan pemandangan kota Leicester yang tidak kurang hebatnya. Kesemua bilik direka atur dengan kemas dan lengkap dengan kemudahan asas lain seperti televisyen dan sebagainya.

Ia juga mempunyai sebuah restoran yang mudah dan praktikal untuk memenuhi keperluan sarapan dan waktu makan lain. Malah mereka mempunyai pilihan makanan seperti ‘vegetarian sausage’ atau sosej sayuran yang menyenangkan tamu beragama Islam untuk menjamu selera kerana ia sosej yang dibuat dari sayur 100%.

Oleh kerana ia di pusat kota, ia juga tidak jauh dari restoran Halal bagi tamu beragama Islam yang ingin mencari tempat makan.

Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan.

Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Premier Inn Leicester City Centre sekiranya berkunjung ke bandar Leicester di UK, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

Premier Inn, Leicester City Centre

Premier Inn, Leicester City Centre

Premier Inn, Leicester City Centre

Premier Inn, Leicester City Centre

Premier Inn, Leicester City Centre

Mudah, bersih dan kemas di Premier Inn, Leicester City Centre
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Motivasi Sepanjang Ramadan Ini Dalam Sufi Siri 2

Sucikan Hati RTM Ada 47 Program Baharu Sepanjang Ramadan