in ,

Pra Tonton Filem POLIS EVO Lakonan Shaheizy Sam Berlangsung Minggu Ini

Terbaru tentang dunia filem negara, seluruh media dan blogger telah menerima emel jemputan dari Astro Shaw untuk membuat liputan serta meraikan pra tonton filem Polis Evo yang memartabatkan imej anggota Polis Malaysia. Acara ini akan diadakan pada 3 September di sebuah pawagam terkemuka.

Filem yang membariskan pelakon handalan seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Pablo Amirul, Amerul Affendi, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Eyka Farhana dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 17 September 2015.

Sinopsis filem : ‘POLIS EVO’ adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakan Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

Jika korang ada menonton Anugerah Lawak Warna 2015, sudah tentu korang teruja melihat perubahan fizikal Shaheizy Sam yang katanya terpaksa menjadi sado semata-mata untuk watak Khai.

Sebelum ini, Majlis Pelancaran Rangkaian Promosi Filem Polis Evo telah diadakan pada Isnin depan, 3 Ogos 2015! Antara barisan artis yang turut hadir adalah Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Joe Flizzow, SonaOne dan ramai lagi.

Sebuah lagu tema berjudul EVO turut dilancarkan di Youtube Channel Astro Shaw nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne.

Adakah filem ini akan laris kerana pelakonnya atau jalan ceritanya? Pendapat anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elizabeth Tan Bakal Perform di Pembukaan Hotel YTL United Kingdom

Peraduan Menangi Merchandise Filem HOTEL TRANSYLVANIA 2