in , ,

Pra-Tempahan Album Siti Nurhaliza ManifestaSITI2020 Bermula Hari Ini

Akhirnya, penantian selama tiga tahun untuk melancarkan album ke-18 buat peminat bakal sampai ke kemuncak. Album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020 itu akan dilancarkan secara digital dan fizikal bermula 3 Julai ini. Pada hari ini, album ini boleh dibeli melalui pra-tempahan.

Buat peminat yang ingin membeli album ini, boleh menghubungi Fadzoners:

Pengumuman buat All fans Malaysia 🇲🇾 Indonesia 🇮🇩 Singapore 🇸🇬 Brunei 🇧🇳 NAK bagi Tahu Dato Seri Siti Nurhaliza @ctdk hari ni akan buat Pre-Order CD Album Terbaru Beliau.

Jom semua dapatkan CD Album Terbaru Siti Nurhaliza berjudul #ManifestaSiti2020 disini :- https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/Fadzoners

Klik Sini: https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/Fadzoners

Pre- Order akan dibuka 12.30pm ( 29.6.2020) Jangan Ketinggalan ye! ! .

Saya #AffiliateSNP yang SAH.

Inginkan bantuan atau Tidak Tahu nak beli boleh Whatsapps Fadzoners di sini
0105041787 https://wa.me/60105041787?text=

siti nurhaliza

Menurut Datuk Siti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.

Album yang memuatkan 11 lagu termasuk single yang dipromosikan Siti sebelum ini seperti Terang, 7 Nasihat dan Basyirah.

Istimewanya, penyanyi kesayangan ramai itu turut merakamkan semula lagu Allahyarham Datuk Sudirman iaitu Teratai Menjelma.

Kehadiranmu seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah Kau ikhlaskan doaku ini,
Dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapatku gambarkan
Ternyata ini membuatku jatuh,
Jatuh cinta,
Jatuh cinta lagi

– Kuasa Cintamu.ManifestaSITI2020
Siti

Antara komposer yang terbabit dalam album itu termasuklah Hael Husaini, Ezra Kong, Ippo Hafiz, Melly Goeslaw, Aubrey Suwito dan Ryan Kyoto dari Indonesia.

Album ManisfestaSITI2020 diterbitkan Siti Nurhaliza Productions bekerjasama dengan Universal Music Malaysia.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.

Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.

Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.

Untuk tempahan hubungi: Klik Sini: https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/Fadzoners

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem DISNEY’S MULAN Ditangguhkan, Bakal Ditayangkan Mulai 20 Ogos 2020

Azlan Typewriter Bergabung dengan YonnyBoii Lancar Lagu KELABU