in , , , ,

Betul Ke Lagu POYO Bukan Tuju Pada Artis Minta Bantuan Kerajaan?

Baru-baru ini syarikat rakaman Datu Entertaiment telah melancarkan sebuah lagu yang berjudul POYO bersama dengan muzik video yang menampilkan gabungan tiga suara iaitu Danial, Santesh dan Noki K-Clique.

Penyampai radio Era Je dan penyanyi Danial Zaini merayu agar netizen tidak melaga-lagakan dia serta dua lagi penyanyi lagu berjudul Poyo iaitu Santesh dan Noki daripada kumpulan K-Clique dengan beberapa selebriti yang kini mendapat kecaman ramai.

Dalam masa yang sama juga berbagai komen netizen yang diterima di laman YouTube rasmi lagu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.

Antara komen-komen yang menjadi perhatian adalah, lagu ini dikatakan seperti lagu khas kepada semua artis yang kemaruk yang hendak minta bantuan kerajaan. 

Walau pun isu ini tengah hangat diperkatakan. Namun apa yang boleh dikatakan lagu ini mula diperkatakan oleh netizen.

Menurut salah seorang penyanyi di dalam lagu ini iaitu Danial berkata, sejak awal lagi lirik lagu ini tidak berkaitan dengan isu mana-mana pihak pun, termasuk isu artis yang meminta bantuan kerajaan.

“Saya dan rakan-rakan gandingan dalam lagu ini berharap agar lagu Poyo ini dapat diterima ramai,”

– Danial

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial bin Mohd Zaini, 27, juga menegaskan idea awal penghasilan lagu tersebut bukannya untuk menyindir golongan selebriti yang dikatakan gemar menayang kemewahan di laman sosial seperti yang didakwa ramai.

“Langsung tiada kena mengena dengan situasi sekarang di mana beberapa selebriti menjadi mangsa cacian netizen akibat kelantangan mereka bersuara tentang bantuan daripada kerajaan, lagu ni dah siap daripada tahun lepas lagi.

Cuma kebetulan ia dilancarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami langsung tak tujukan kepada mana-mana selebriti, mereka semua kawan-kawan kami.

Saya mohon agar netizen berhenti cuba melaga-lagakan saya dengan penggiat seni yang lain, ia hanya secebis karya dihasilkan untuk membuka mata kita semua,”

– Danial

Lagu tersebut adalah ciptaan Mr Yin dan lirik lagu pula adalah dan gabungan Mr Yin, Danial dan Noki K-Clique serta diedarkan di bawah syarikat rakaman Datu Entertaiment.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mia Ahmad Kembali Dalam Adaptasi Novel SARA KIRANA di TV1

Zarina Anjoulie Pertahan Diri, Dedah Sebab Seniman Tak Jadi Nak Saman