in , , ,

Poster Preview Majlis Meraikan Peminat Aizat Amdan Rekaan dari Isma Yusoof

Menjelang Majlis Meraikan Peminat Aizat, saya diberikan beberapa foto-foto yang dirakamkan oleh juru foto dan pereka grafik berbakat, Isma Yusoof untuk dilihat.

Saya mendapat kebenaran untuk menyiarkan foto tersebut sejurus selepas majlis tersebut berlangsung kerana 4 keping foto ini akan diberikan kepada peminat yang hadir.

Bagi Budiey, Isma Yusoof pandai mencuri sudut-sudut menarik dengan menampakkan ciri-ciri yang lebih santai dari fizikal Aizat. ‘One Band One Soul’, semangat jiwa yang jitu nan satu diceritakan dari foto ini yang mencerminkan minat dan kebolehan Aizat dalam seni muzik. ‘Jujur dan Ikhlas’ pula menggunakan warna putih bagi melambangkan sifat Aizat yang suka berterus terang.

Walaupun sering disalah anggap oleh orang ramai, namun dia tetap ingin menjadi dirinya. Saya suka dengan foto Aizat bergaya dengan kemas mengadap meja catur. Catur adalah simbol kehidupan yang penuh dengan percaturan, cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi untuk menghadapi dunia realiti.

Dan akhir sekali Kasi Gegar, sebuah foto berkonsep yang santai, ceria dan lebih berjiwa remaja. Syabas Isma Yusoof! Fotografi anda memang cukup kreatif dan penuh simbolik.

kredit foto: Isma Yusoof

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shawal Tersingkir! Agogo GO OUT?

Gambar Siti Nurhaliza Bersama Datuk Khalid di A million Thanks to Everyone – Aizat