in ,

Portal TONTON Lancar Saluran Tonton News

TONTON NEWS DESTINASI BERITA PREMIER MALAYSIA

[dropcap]P[/dropcap]ortal video tempatan nombor satu di Malaysia, Tonton kini menawarkan pusat hentian setempat bagi capaian berita tempatan dan antarabangsa menerusi pengenalan saluran ‘Tonton News’. Berita semasa dan terkini boleh diakses secara 24 jam sehari dari serata pelusuk dunia di www.tonton.com.my/tontonnews

tonton

‘Tonton News’ merangkumi kesemua siaran berita terbitan kumpulan Media Prima Berhad iaitu Buletin Utama TV3, Buletin 1.30 TV3, Edisi 7, 7 Edition, Berita Mandarin 8TV, Berita TV9 dan MyMetro TV. Menjadi satu-satunya saluran destinasi berita premier Malaysia, pengguna di seluruh dunia kini dapat mengikuti perkembangan dalam negara dengan lebih dekat selain akses terhadap kepelbagaian persepktif berita di bawah satu bumbung.

Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad berkata:

“Tonton komited untuk terus kekal ulung dalam arena dunia digital menerusi pengenalan pusat hentian setempat bagi capaian berita – ‘Tonton News’ yang boleh ditonton di mana-mana sahaja. Melalui tawaran percuma untuk akses perkembangan berita semasa, kami yakin dapat menembusi pasaran demografik pengguna yang berbeza selain pengguna sedia-ada.”

Saluran ini boleh ditonton secara langsung menggunakan komputer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas) dan iOS 4 dan ke atas). Layari Tonton – Portal Video Tempatan No. 1 di Malaysia di www.tonton.com.my! Pendaftaran adalah percuma.

Untuk perkembangan terkini, ikuti Tonton menerusi Facebook di www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie Yassin Terakhir Lakonan Watie Elite

Ujibakat Program Gameshow Terbaru RES’Q