in ,

Polis Nasihat Orang Ramai Berhenti Sebar Video, Gambar Helikopter Terhempas!

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan video atau gambar insiden helikopter terhempas di media sosial bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.

Farouk berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

“Pihak Polis Ampang Jaya juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan atau menghubungi talian telefon 03-4289 7343 atau 03-4289 7344 untuk menyalurkan maklumat,”

– Mohamad Farouk Eshak
Helikopter Terhempas

Dalam pada itu menurut Farouk, polis sudah merakam tujuh saksi dan mengenal pasti 20 saksi lain untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Katanya lagi, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan pada jam 9 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Bedah siasat dilakukan dahulu ke atas mayat Komander (B) Mohamamed Sabri Baharom, 56, (juruterbang) diikuti mayat, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, (penumpang),” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Dalam kejadian jam 11.44 pagi semalam, helikopter dinaiki kedua-dua mangsa terhempas di Taman Melawati, Ampang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Buat Kerja Ala Kadar, Now Nak Play Victim?”- Awal Ashaari Bengang Beri Amaran Terakhir

Aina Abdul Lakar Sejarah, Ungguli The Masked Singer Malaysia