in , ,

Plant Origins & Puteri Aishah Lancar set Aromaterapi Sempena Aidilfitri

Sempena musim perayaan ini, jenama FMCG ini menampilkan wangian yang mengimbau memori indah Puteri Aishah, memberikan haruman nostalgia kepada penggunanya.

 Plant Origins, salah satu jenama di bawah Signature Market, telah bekerjasama dengan selebriti Malaysia, Puteri Aishah bagi melancarkan set aromaterapi istimewa dengan wangian nostalgia sempena Aidilfitri. 

Dengan tiga set Raya eksklusif untuk dipilih, setiap kotak mengandungi haruman aromaterapi yang dipilih secara khusus bagi merangsang memori nostalgia musim perayaan.  

Puteri Aishah Room Spray Event 0066

Diinspirasikan oleh detik istimewa lalu, setiap set terdiri daripada haruman Inflorescence Aromatherapy Room Spray yang dipilih oleh Puteri Aishah sendiri. 

Berbeza dengan haruman semburan bilik Plant Origins yang lain, semburan bilik edisi terhad ini dapat mengembalikan ingatan kita kepada sambutan Hari Raya dan pelukan mesra kasih sayang keluarga. 

Puteri Aishah Room Spray Event 0017

“Saya pasti bahawa setiap orang mempunyai haruman yang berupaya menyentuh hati mereka. Tidak kira sama ada memori hari paling gembira bagi mereka, zaman kanak-kanak, seseorang atau tempat yang istimewa, pasti ada satu haruman yang akan membawa kita kembali ke detik itu.

Apabila saya memilih sesuatu haruman itu, saya mahukan sesuatu yang boleh mengimbau memori terindah dan paling bermakna yang menjadi inspirasi di sebalik penghasilan Inflorescence Aromatherapy Room Spray.

Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Plant Origins dalam menghasilkan produk ini dan saya teruja untuk semua orang menikmatinya dan semoga ianya dapat mengembalikan detik nostalgia dalam hidup mereka,”

– Puteri Aishah
https://flic.kr/p/2nfF23A

“Hari Raya membawa pelbagai bauan yang dapat membangkitkan memori silam. Malah, haruman yang terhasil daripada makanan tertentu, tumbuh-tumbuhan, lilin, dan benda-benda lain dapat mewujudkan hubungan di antara emosi dan memori silam kita.

Dan itulah yang mendorong kami untuk memilih sesuatu yang amat bermakna menjelang Hari Raya ini terutamanya untuk mereka yang tidak dapat meraikannya bersama orang yang tersayang,”

“Kesudian Puteri Aishah untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini menjadikannya lebih istimewa lagi kerana Inflorescence Aromatherapy Room Spray dipilih berdasarkan kepada memori nostalgia beliau bersama-sama dengan pasukan R&D kami yang telah menggunakan haruman bunga bagi menyegarkan dan menghidupkan suasana untuk di mana-mana ruang.

Kami berharap semoga pelanggan kami dapat berkongsi detik indah ini bersama-sama dengan insan yang tersayang, tidak kira jauh atau dekat,”

– John Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Signature Market, syarikat induk Plant Origins. 

Berharga daripada RM80 hingga RM200, set Aromaterapi bingkisan Raya eksklusif Plant Origins termasuk Raya Terindah, Idaman Hari, dan Riang Ria Aromatherapy Gift Box. Set-set berkenaan terdiri daripada semburan bilik, minyak pati, pembersih, semburan kulit, krim tangan, dan banyak lagi. 

Selain daripada set Aromaterapi bingkisan Raya, pengguna juga berpeluang untuk membeli Inflorescence Aromatherapy Room Spray sahaja yang dijual pada harga RM49.90. Mereka yang membeli semburan bilik itu sahaja akan menerima Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara percuma. 

Puteri Aishah Room Spray Event 0057

Raya Terindah Aromatherapy Gift Box: RM80

Pakej bundle ini termasuk: 

• Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)

• Plant Origins Peppermint Essential Oil (10ml)

• Plant Origins Midnight Velvet Hand Cream (30ml)

• Plant Origins Aromatherapy Diffuser Patch (unscented) (30 patches)

• Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml)

https://flic.kr/p/2nfHtoV

Idaman Hati Aromatherapy Gift Box: RM150

Pakej bundle ini termasuk:

• Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)

• Plant Origins Bulgarian Lavender Essential Oil (10ml)

• Plant Origins Good Night Sleep Essential Oil Blend (5ml)

• Plant Origins Aromatherapy Wooden Portable Diffuser (100ml)

• Plant Origins Room Spray Trial Gift Box (6 units)

• Plant Origins Daily Gentle Cleanser (3ml)

• Plant Origins Daily Soothing Skin Mist (3ml)

https://flic.kr/p/2nfENwb

Riang Ria Aromatherapy Gift Box: RM200

Pakej bundle ini termasuk:

• Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)

• Plant Origins Aromatherapy Diffuser with Remote (550ml)

• Plant Origins Spearmint Essential Oil (10ml)

• Plant Origins Lemongrass Essential Oil (10ml)

• Plant Origins Ache Away Essential Oil Blend (10ml)

• Plant Origins Sweet Almond Carrier Oil (100ml)

• Plant Origins Room Spray Trial Gift Box (6 units)

• Plant Origins Daily Gentle Cleanser (3ml)

• Plant Origins Daily Soothing Skin Mist (3ml)

Riang Ria Aromatherapy Gift Box
Inflorescence Roomspray_Sample Card

Inflorescence Aromatherapy Room Spray: RM49.90

Pembelian Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml) sahaja akan menerima Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara PERCUMA!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari Instagram dan Facebook Plant Origins  &  Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang Signature Market.

Puteri Aishah Room Spray Event 0069
RS_Green_Spray

Mengenai Plant Origins

Plant Origins oleh Signature Market berinspirasikan alam semula jadi, dirumus dengan bahan-bahan semulajadi dan direka bagi meningkatkan lagi kesihatan. Jenama ini memberi tumpuan terhadap usaha membantu para penggunanya menjadi versi diri mereka yang terbaik dari segi mental, rohani dan fizikal. Daripada produk minyak pati dan aromaterapi yang 100% tulen hinggalah kepada rangkaian penjagaan diri dan penjagaan kulit, jenama ini menyasar untuk memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada para penggunanya tidak kira di mana mereka berada. 

Mengenai Signature Market

Signature Market adalah pasar dalam talian pertama di Malaysia yang menumpukan kepada produk-produk semula jadi dan organik. Signature Market percaya bahawa kehidupan sihat bermula dengan apa yang anda makan dan gunakan. Menawarkan lebih daripada 700 produk organik dan semulajadi, jenama ini dengan bangganya menyediakan hanya ramuan yang terbaik bagi menghasilkan produk-produk sihat dan menawarkannya pada harga mampu milik. Berpegang teguh kepada misi untuk mempertingkatkan lagi tahap kesejahteraan masyarakat Asia Tenggara, Signature Market percaya bahawa gaya hidup sihat sepatutnya boleh dimiliki oleh semua. Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi: https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Pendek Raya Samsung REZEKI MEMORI Dirakam Galaxy S22 Ultra

SAMSUNG

‘Ori’ Yuan Wei Explores his Colourful Mind with The Galaxy S21 FE 5G!