in ,

Planet Gempak Ola Bola Singgah Di Johor Bahru

Saksikan Datuk M. Nasir, Datuk AC Mizal, Ella, Hafiz, Misha Omar, Mas Idayu, Lisa Surihani dan ramai lagi di Perkarangan Plaza Angsana. Planet Gempak Ola Bola Astro bakal singgah ke lokasi ketiganya tahun ini, iaitu Perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu ini, 13 dan 14 Jun.

Dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, karnival Planet Gempak Ola Bola bakal membawakan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung. Warga Johor Bahru bakal dihiburkan hujung minggu ini dengan kunjungan artis dan selebriti popular seperti Farid Kamil, Mior & Mak Ros dari Kilauan Emas, Sakan & Shiro dari Maharaja Lawak Mega, Brian dari rancangan MasterChef All Stars, Altimet, Joe Flizzow, Sona One, Ila Damia.

Demam Bolasepak Piala Dunia turut dibawakan di Planet Gempak Ola Bola (r)

Antara tarikan utama di Planet Gempak Ola Bola ini nanti ialah dua buah konsert yang bakal berlangsung pada sebelah malam di pentas utama. Konsert pada Jumaat, 8.00 malam menampilkan artis-artis popular khas buat peminat muzik segmen India seperti Sadhana Sargam, Vivek Ji, Geetha, Revathy, Alinda, Shamini, Iris, Dinesh Ruben dan finalis pertandingan bakat Yuttha Medai All Stars.

Konsert Bahagia Marigold Peel Fresh yang akan diadakan pada Sabtu 14 Jun jam 8.00 malam pula bakal mementaskan persembahan daripada Datuk M. Nasir, Hafiz, Misha Omar, Mak Ros, Bocey, Mas Idayu, Azlina Aziz, Liza Aziz, Yusry KRU,, Indah dan Ella serta dihoskan oleh Datuk AC Mizal & Lisa Surihani.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut karnival ini berlangsung di Johor Bahru, selepas tahun lalu Planet Gempak diadakan di tempat yang sama, sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai pengalaman istimewa menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Rakyat Malaysia yang mengunjungi dan memeriahkan karnival ini tahun lalu bukan sahaja datang dari Johor malah dari tempat lain di sekitar negeri ini, menjadikannya antara destinasi pilihan Astro sekali lagi untuk Planet Gempak Ola Bola tahun ini.

Pelbagai tarikan menanti pengunjung termasuk persembahan kandungan istimewa dari Astro, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™. Karnival ini diharap dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro, untuk sama-sama merasai sendiri bagaimana program terhebat tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa ‘dihidupkan’ melalui pelbagai aktiviti promosi dan hiburan yang bermula seawal jam 10.00 pagi.

Kembalinya karnival ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak persembahan eksklusif, pameran serta permainan interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Planet Gempak Ola Bola pastinya juga memberikan peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi secara dekat dengan selebriti serta personaliti idola daripada pelbagai program kegemaran ramai. Antara yang membuat penampilan ialah artis-artis Akademi Fantasia dan Kilauan Emas 3, selebriti Fear Factor Malaysia dan MasterChef Malaysia, juga personaliti Maharaja Lawak Mega.

Jangan lupa datang beriadah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan ke Planet Gempak Ola Bola di Perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu ini, 13 dan 14 Jun bermula pukul 10.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my

Ola Bola parade of World Cup nation flags

Antara aktiviti yang disediakan di Planet Gempak Ola Bola (r)

Pengunjung menantikan persembahan daripada selebriti sejak awal (r)

Persembahan budaya di Planet Gempak Ola Bola (r)

The main stage

Altimet akan menghiburkan pengunjung dalam Konsert pada hari Sabtu 9malam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jenama Syampu Rambut Kegemaran Pelakon Nur Fathia Latiff

Samsung Lancar Samsung GALAXY Tab S