in ,

PKPB Dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober

Menerusi sidang media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa bermula 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikutan peningkatan kes yang berlaku di negeri-negeri berkenaan.

Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,”

– Datuk Seri Ismail Sabri

Antara aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB adalah:

  1.  Merentas daerah adalah tidak dibenarkan melainkan mereka yang bekerja di luar daerah. Pekerja perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak majikan.
  2. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan dalam satu keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan.
  3. Semua aktiviti sosial, pendidikan, agama, dan majlis-majlis sosial tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trump Dakwa Dirinya Kebal Dari Covid-19

Anak Sulung Sambung Belajar di Jepun, Aaron Aziz Berat Hati & Redha