PESTA MALAM INDONESIA SATUKAN JIWA DUA BUAH NEGARA

Budiey rasa korang dah dengar pasal Pesta Malam Indonesia (PMI). Yea, PMI konsert yang menghimpunkan band muzik popular dari Indonesia. Kat sinilah, kita dapat tengok rakyat Malaysia dan Indonesia disatukan dengan hanya satu tujuan. Bersatu untuk satu muzik! Berhibur dengan satu irama. ROCK!

Sebenarnya, ramai yang salah faham. Mentang-mentanglah, ada perkataan Indonesia kat hujung-hujung tu, konsert ini dikhususkan semata-mata untuk warga Indonesia yang menetap dan bekerja di Malaysia. Sebenarnya, BUKAN! Pesta Malam Indonesia adalah untuk semua yang mengemari muzik. Jadi, PMI adalah platform untuk satukan muzik satu nusantara.

Gambar semasa iTalk Rocks Pesta Malam Indonesia 2

Peminat dah mulai ramai sebelum konsert bermula lagi.

Sekarang, dah banyak grup muzik dari Indonesia datang ke Malaysia. Bukan sebab muzik kita lesu, bukan untuk bertanding muzik mana lebih gempak. Bukan! Tapi Budiey rasa, kehadiran muzik Indonesia sedikit sebanyak dapat memberi variasi dan menyemarakkan lagi dunia muzik. Yea, bukan ke muzik itu universal dan bersifat global?

Jadi, Budiey kira, sekalung tahniah dan terima kasih kepada penganjur iaitu Fat Boys sebab diorang ni lah yang bekerja keras memerah otak seawal tahun 2006 untuk menerbangkan band dari sana. Nama Fat Boys sebagai penganjur rasanya tak asiing lagi dalam industri muzik kita. Mulanya, Fat Boys adalah satu syarikat ramakan muzik yang menaungkan band Inggeris tempatan seperti Lo, Nakedbreed dan Disagree. Konsert pertama anjuran Fat Boys ialah Rock The World pada tahun 2006.

Idea untuk buat PMI pada masa tu tercetus apabila Fat Boys melihat banyak sangat konsert grup Indonesia dibuat. Jadi apa kata, bawa beberapa grup untuk dihimpunkan dalam satu konsert. Lebih gempak! Lebih ramai, lebih meriah! Sebelum ni, peminat dapat enjoy satu konsert untuk satu band sahaja.

Kalau korang masih ingat, pada tahun 2005, Pesta Malam Indonesia yang pertama telah menghimpunkan Dewa 19, Padi (dengan penampilan istimewa Rossa), Gigi, Ungu, Ratu, Ada Band, Ari Lasso, Audy dan Cokelat. Masa tu, tak boleh bayang begitu ramai sekali peminat yang datang. Lebih kurang 15 ribu peminat memenuhi lokasi. Rata-rata, semua berpuas hati dan berazam nak datang lagi… dan… Pesta Malam Indonesia yang ke-2 pada 16 Ogos 2006 di Bukit Kiara Equestrian Kuala Lumpur telah menggegarkan lagi pentas dengan band yang bukan calang-calang seperti Peterpan, Sheila On 7, Samsons, Ungu, Dewi-Dewi dan Slank.

Lagi satu, Budiey rasa puas hati beli tiket sebab tiket yang dibeli melayakkan anda mendapat iTalk Mobile Dialer secara PERCUMA. Kalau nak tahu, iTalk Mobile Dialer adalah cara mudah dan murah untuk buat panggilan dengan menggunakan kad panggilan iTalk. Nak tahu murah ke tak, korang kena cuba! Memang murah dan berbaloi!

Budiey menjangkakan untuk Pesta Malam Indonesia ke-3 nanti, penganjur akan mempromosikan event yang paling happening 2009 ini dengan lebih gempak lagi. Budiey dah tengok promo dah letak kat TV dan radio. Juga untuk kali ketiga berturut-turut, PMI dibawakan bersama Telekom Malaysia sebagai penaja utama. Dengar khabarnya, untuk kali ini, ambulans dan pegawai polis disediakan dan kawalan keselamatan akan lebih diperketatkan selain dari menyediakan kemudahan lain untuk pengunjung.

Yang istimewanya, Pesta Malam Indonesia 1 & 2 telah ditaja oleh iTalk, kad panggilan termurah!. Ternyata iTalk memang ROCKS!!!!

 

Mau lebih updated dengan bintang-bintang rockers anda, haa, apa kata layari www.hypp.tv di mana banyak gambar-gambar dan info menarik tentang Pesta Malam Indonesia.

 

Korang nak tiket percuma tak? Bukan setakat tiket percuma, tetapi korang boleh bertemu secara eksklusif dan personel dengan bintang kesayangan anda. Layari la selalu, laman rasmi Pesta Malam Indonesia di www.hypp.tv sekarang!

Nantikan persembahan SUPERB dari band Dewa 19, Gigi, Padi, Sheila On 7 & Andra & The Backbone akan menghiburkan korang semua di Pesta Malam Indonesia ke-3! Nantikannya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?

Jawapan Trivia: Ainul Aishah Bercinta Dengan Pemain Bass?