in

Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012

12 Peserta Bakal Berentap Di Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012

Pertandingan Bintang KLASIK merupakan pertandingan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Radio KLASIK dan penyertaan dikhususkan kepada golongan remaja dan belia berusia 16-35 tahun. Pertandingan ini diadakan secara bergilir-gilir dengan Bintang Nostalgia yang terbuka untuk orang dewasa yang berusia 35 tahun dan ke atas.

Para finalis bersama barisan pengurusan radio klasik dan penerbit

Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian lagu-lagu lama di samping memupuk minat rakyat Malaysia daripada berbagai kaum terutama golongan muda. Di samping itu ianya memberi ruang penghargaan dan pengiktirafan kepada pencipta, penyanyi, pemuzik serta seniman terdahulu. Menerusi pertandingan ini stesen Radio KLASIK dapat diketengahkan sebagai sebuah stesen radio di Radio Televsisyen Malaysia ( RTM ) yang berperanan memartabatkan lagu-lagu Melayu sebagai khazanah bangsa.

Menerusi pertandingan ianya dapat memupuk minat golongan muda untuk menyanyikan lagu-lagu malar segar yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas dan secara tak langsung menanamkan minat dan tanggungjawab orang ramai khususnya pendengar Klalsik Nasional memainkan peranan untuk memartabatkan lagu-lagu irama Melayu sebagai khazanah bangsa.

Penganjuran pertandingan ini akan melibatkan penyertaan pelbagai kaum dalam usaha menerapkan kecintaan kepada lagu-lagu Melayu khazanah warisan bangsa ke arah perpaduan nasional 1Malaysia untuk golongan belia.

Pencarian Bakat Bintang KLASIK 2012 telah diadakan pada bulan Jun dan Julai di seluruh negara dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Hasilnya 28 peserta telah terpilih untuk bertanding dalam dua peringkat separuh akhir yang telah diadakan pada 8 dan 9 September 2012 di Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur untuk mencari 12 peserta terbaik.

Justeru satu majlis sidang media diadakan hari ini bagi memperkenalkan 12 orang peserta akhir Bintang Klasik yang bakal berentap di Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012 pada 23 September 2012. Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012 dan bersiaran secara langsung di saluran TV1 pada jam 9.00 malam dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur. Para peserta akan mempertaruhkan nyanyian masing-masing bagi merebut hadiah menarik yang ditawarkan oleh penganjur. Semua hadiah ditaja oleh Waimii Health Sdn Bhd.

Antara hadiah yang bakal dimenangi adalah :
Johan
Wang Tunai RM10,000
Pakej Pelancongan ke Langkawi RM7,500
Piala Pusingan, Sijil & Piala Iringan

Naib Johan
Wang Tunai RM7,000
TV LCD 42 inci RM4,500
Sijil & Piala Iringan

Ketiga
Wang Tunai RM5,000
IPAD RM2,500
Sijil & Piala Iringan

Sagu Hati ( 9 orang)
Wang Tunai RM1,500
Sijil & Piala Iringan

Saksikan Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012 pada 23 September ini, Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di saluran TV1 dan Radio KLASIK.

Majlis sidang media diadakan di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Selain 12 orang finalis , Pengarah Bahagian Program Radio Haji Mohamad Mat Husin juga turut hadir memeriahkan majlis.

Memberi Persembahan Terbaik Dari Finalis

Nor Khuzaimah Abd Aziz Penerbit Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012

Sidang Media - Pn Norliza Mohd Ali Timbalam Pengarah Seksyen Produksi TV mengulas pertandingan akhir diperhatikan oleh Tuan Hj Mohamad Mat Husin Pengarah Bghn Program Radio

Dari Kiri- Norliza Ali, Haji Momamad Mat Husin,Sy Norehan Pengurus Radio Klasik dan Encik Sukri Penyelarasan Radio

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sharifah Khasif Fadzilah Nikah Sebagai Isteri Kedua

Filem Bordertown Lakonan Jennifer Lopez & Antonio Banderas