in ,

Personaliti Perniagaan Malaysia Menyerlah Dalam Era Covid-19

Akibat penularan pandemik Covid-19, ketua eksekutif syarikat perlu mengenal pasti cara baru untuk menjalankan perniagaan.Inilah yang dilakukan mereka yang memenangi Anugerah Kelestarian & Kecemerlangan Korporat Asia (ACES).

“Pada tahun fiskal ini, fokus kebanyakan syarikat telah bertukar daripada mementingkan keuntungan kepada cara bagaimana untuk bertahan dan meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

“Apa yang kita nampak ialah ketangkasan yang diperlukan dalam kepimpinan korporat kini, dengan kebanyakan ketua eksekutif syarikat melaksanakan strategi pengurusan yang drastik supaya perniagaan mereka boleh dikekalkan,” kata Shanggari B, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS, penganjur ACES.

Menurutnya lagi, apa yang membezakan tahun 2020 daripada tahun-tahun terdahulu ialah kesukaran akibat penularan pandemik yang dihadapi syarikat, organisasi dan ketua eksekutif yang dicalonkan ACES.

“Seperti yang dijangkakan, terdapat peningkatan dalam jumlah calon, dan kecekalan mereka diuji oleh keadaan terkini ketika penularan pandemik Covid19,” tambahnya.

Edisi ke tujuh ACES sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada tahun ini, setelah Singapura menjadi tuan rumah sejak bermulanya ACES pada 2014, dan selepas itu di Bangkok pada 2019.

Namun akibat penularan pandemik, majlis penganugerahan pada tahun ini terpaksa ditunda ke tarikh lain.

“Ini adalah kekecewaan yang besar bagi saya, terutamanya kerana kami mengalu-alukan barisan pemenang yang cemerlang pada malam itu,” kata Shanggari.

Para pemenang termasuk dua personaliti perniagaan yang tidak asing lagi, yang menggondol dua daripada tiga kategori anugerah terbesar.

Hartawan industri perkapalan Malaysia Tan Sri Datuk G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd., dianugerahkan Usahawan Tahun 2020, bagi kepimpinan beliau yang berwawasan dalam menguruskan satu-satunya pelabuhan milik persendirian di Malaysia.

Pemberhentian seketika dalam pertumbuhan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya telah memberikan Westports masa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan fasa penambakan tanah pada kos yang lebih kompetitif untuk perluasan Terminal Kontena gergasinya.

Ini membuktikan kemampuan ketua eksekutif Malaysia untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia and Singapura Mac Chung Lynn pula menerima anugerah Usahawan Wanita Tahun 2020 bagi kepimpinan beliau dalam pertumbuhan minda, kemampuan membuat keputusan yang berani serta pemahaman perniagaan yang kukuh.

Setelah memulakan kerjayanya dalam bidang seni bina, Chung Lynn kembali ke Malaysia dari United Kingdom untuk membantu keuarganya memulakan perniagaan francais Nando’s.

Selepas dua puluh satu tahun, syarikat terbabit telah berkembang menjadi rangkaian kedai makan yang berjaya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Di bawah hala tuju Chung Lynn, Nando’s Malaysia telah setakat ini berkembang dengan 78 restoran di seluruh Malaysia dan 9 restoran di Singapura.

ACES 2020 adalah tahun yang luar biasa bagi perniagaan dan syarikat Malaysia, dengan jumlah calon kedua paling ramai selepas Filipina.

Antara 14 syarikat Malaysia yang berjaya ke pusingan akhir ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, Etika Holdings Sdn Bhd, Dell Global Business Center Sdn Bhd, D Jungle People Sdn Bhd, Kumpulan RAMSSOL, Berjayapak Sdn Bhd, Suria Capital Holdings Berhad, dan Yayasan Amal Budimas.

Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan Kenanga Investment Bank Berhad adalah dua syarikat Malaysia yang dinamakan Juara Industri Tahun 2020.

Terdapat 420 calon dan 150 finalis dari Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan, Laos, Myanmar, Kemboja, Bangladesh, Vietnam, dan Sri Lanka. 

Tahun ini juga menyaksikan calon dari 4 negara baru iaitu Maldives, Arab Saudi, Jerman dan Amerika Syarikat.

Sementara majlis anugerah tidak dapat diadakan sehingga jumlah jangkitan di seluruh dunia menunjukkan penurunan, majlis kecil-kecilan yang dirancang penganjur dan dihadiri pemenang serta calon anugerah daripada beberapa negara individu (Kuala Lumpur, Manila, dan Bangkok) akan tetap diadakan bagi membolehkan pemenang belajar dan menjalin rangkaian antara satu sama lain.

Berkenaan Anugerah ACES 

Anugerah ACES diasaskan Kumpulan MORS. Misinya adalah untuk membantu syarikat, pemimpin korporat dan ahli industri yang mahsyur untuk berkongsi satu landasan bagi mempamer kepimpinan dan kecemerlangan kelestarian, untuk belajar daripada pakar pasaran di seluruh dunia, berhubung dengan pihak yang berkepentingan, serta mengamalkan budaya pembelajaran yang progresif. Kumpulan MORS diasaskan pada tahun 2012 dan diuruskan Lembaga Pengarah dari latar belakang pelbagai, yang memudahkan serta memainkan peranan mempromosi pertumbuhan kelestarian Asia.

Senarai penuh dan profil pemenang boleh diperolehi di https://www.acesawards.com/

Untuk maklumat lanjut berkenaan ACES, sila layari: https://www.acesawards.com/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO’S HIS DARK MATERIALS RETURNS 17 NOVEMBER ON HBO GO & HBO

Insiden Pencemaran Bau, Tujuh Daerah Alami Gangguan Bekalan Air