in , , ,

Persembahan Misha Omar SAMPAI BILA di AJL33 Trending di Youtube

Video persembahan Misha Omar menyampaikan lagu SAMPAI BILA telah berjaya menjajah tempat teratas di ruangan trending di Youtube. Mungkin gara-gara ramai tukang komen dan tukang tonton serta tukang share untuk meletakkan video tersebut meletop sekarang ni.

Trending di tangga ke-2 Youtube Malaysia hari ini ialah sebuah video yang dimuatnaik oleh TV3Malaysia, persembahan penuh rasa dan jiwa oleh Misha Omar di Anugerah Juara Lagu-33.

Lagu SAMPAI BILA menjadi trending di Youtube Malaysia gara-gara ada beberapa video belakang tabir yang memaparkan Misha Omar sedang berlatih vokal bersama Datuk Syafinaz.

Misha Omar mempunya tone suara yang semulajadi lunaj dan pitch dalam persembahan ini disampaikan secara tepat. Sharp. Mungkin itu dah buatkan kenapa pelantun vokal lain seperti Siti Sarah, Jaclyn Victor dan Siti Nordiana tidak mendapat kemenangan untuk vokal terbaik pada malam itu.

Ramai yang berpendapat, lagu SAMPAI BILA sepatutnya diletakkan di tempat pertama iaitu juara AJL 33 kerana lagu ini sangat berlainan dan Misha deliver dengan cemerlang sekali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Affan Pertaruh Single NIAT Nafi Keluar Kumpulan Akhdan

Ada Sebab Siti Aafiyah Tidak Tercalon dalam AME 2019