in ,

Persembahan Lawak di Lawak Ke Der Bila Hati Di Geletek

Pada jam 3 petang tadi, Budiey ke Istana Budaya untuk mengikuti Sidang Media Bila Hati Digeletek – Lawak Ke Der? yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya. Membaca tajuk persembahan ini pun Budiey dapat meneka gaya dan corak persembahannya. Tak lain tak bukan, ianya satu persembahan lawak jenaka. Pelawak-pelawak yang akan perform tu pun bukan calang-calang orang ya sebab 90% dari mereka adalah dari program Maharaja Lawak, tidak termasuk Harith Iskander.

Di sidang media petang tadi, ada majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Istana Budaya, Kumpulan Utusan sebagai media cetak rasmi dan Sinar FM sebagai radio rasmi.

Media yang hadir juga dihiburkan dengan lawak jenaka dari semua pelawak yang terlibat. Terbaik la lawak dia sebab semuanya memang otai-otai dan memang kepala semuanya giler-giler.

VIDEO LAWAK JENAKA ALA TEASER DARI PELAWAK – LAWAK KE DER?

Untuk info pembaca, persembahan ini akan diadakan pada 3,4, 5, 10,11 dan 12 Februari di Istana Budaya di mana penonton yang membeli tiket akan berpeluang menikmati hidangan lawak jenaka spontan dan pastinya akan gelak tak ingat selama dua jam.

Kepada peminat Maharaja Lawak, pastinya nama-nama yang Budiey bariskan ini sudah menarik minat korang untuk membeli tiket. Antara mereka ialah, Osbon ( Os dan Abon), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Jozan (Johan dan Zizan), Nabil dan Harith Iskander. Maka tidak keterlaluanlah jika Budiey katakan, persembahan ini bukannya ulangan dari program Maharaja Lawak ya. Ini kerana semua pelawak akan mencipta satu lawak yang benar-benar fresh dan belum disiarkan di mana-mana kaca TV pun kan. Maka ia satu festival komedi yang pastinya menghiburkan.

VIDEO SEKITAR MAJLIS SIDANG MEDIA LAWAK KE DER?

Budiey gerentilah, persembahan Lawak Ke Der ini akan da boom dan pecah panggung. Tak caya tengok la ya.

Ia berkonsepkan persembahan stand up comedy di mana pelawak akan bersketsa, menyanyi dan berlawak semaksima yang mungkin dan semestinya penonton takkan bosan.

Setiap pelawak diberi masa 30 minit sahaja untuk buat persembahan mereka. Tetapi bagi pelawak berkumpulan seperti Osbon, Boboi dan Jozan, mereka masing-masing akan buat dua show secara bergilir-gilir di mana satu sketsa akan ambil masa 15 minit sahaja.

Mereka bukannya buat persembahan serentak semua sekali pada satu malam ya sebab Osbon akan menghiburkan anda pada 2 tarikh iaitu 3 dan 10 Februari sahaja. Jozan pula beraksi pada 4,5, 11 dan 12 Feb sahaja. Manakala Boboi, Harith Iskander dan Nabil akan menghiburkan anda di setiap persembahan.

Kepada anda yang nak beli tiket, bolehlah berbuat demikian ya sebab tiket dah pun dijual di Istana Budaya dengan harga RM53, RM73, RM173, RM203 an RM353. Wow cukup mahal Budiey rasakan. Boleh juga dibeli di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-414786000.

Jadi, kepada yang mengalami stress tu, jemput-jemputlah singgah di Istana Budaya Februari ini ya.

Lawak Ke Der

Dato’ Mohamed Juhari Shaarani – Ketua Pengarah Istana Budaya

Lawak Ke Der

Datuk Othman Mohamad – Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan

Lawak Ke Der

Pengurus Program Sinar FM – Rostam Said

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Lawak Ke Der

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amanda Imani di Anugerah Juara 26

Gambar Amar Baharin di Karpet Biru AJL26