in , ,

Perpisahan Penuh Nostalgia Di Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur

Stadium Malawati, Shah Alam dipenuhi ribuan penonton Malaysia meraikan 25 tahun bersama Boyzone

Kumpulan terkenal era 1990-an dari Ireland, Boyzone yang berusia 25 tahun diraikan ribuan penonton Malaysia buat kali terakhir di konsert selamat tinggal mereka di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, Jumaat lepas.

Kuartet yang dianggotai oleh Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45, itu mempersembahkan lebih 20 lagu popular mereka sepanjang 25 tahun dalam industri muzik.

BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR

Antaranya Love Me For A Reason, Isn’t It A Wonder, You Needed Me and Picture Of You.

Inilah janji mereka kepada peminat ketika mengadakan persembahan di Kuala Lumpur buat julung kali pada Ogos 2018 bagi meraikan ulang tahun ke-25 Boyzone sebagai sebuah kumpulan.

Song list:
BRIAN MCFADDEN
1) When you’re looking like that
2) Oh Mandy
3) Swear it Again
4) World of our own
5) Queen of my heart
6) My Love
7) Uptown Girl

BOYZONE
1. WHO WE ARE
2. LOVE IS A HURRICANE
3. ISN’T IT A WONDER
4. COMING HOME NOW
5. BABY CAN I HOLD YOU
6. YOU NEEDED ME
7. ALL THAT I NEED
8. I LOVE THE WAY YOU LOVE ME
9. FATHER & SON
10. DREAM
11. EVERYDAY I LOVE YOU
12. KEY TO MY LIFE
13. WORDS
14. TALK ABOUT LOVE
15. LOVE YOU ANYWAY
16. NOTHING AT ALL
17. LOVE ME FOR A REASON
18. NO MATTER WHAT
19. GOING GETS TOUGH
20. DIFFERENT BEAT
21. ROLLERCOASTER
22. PICTURE OF YOU

Pada konsert Boyzone – Thank You & Goodnight Farewell Tour itu, kumpulan tersebut turut memberi penghormatan kepada Stephen Gately, ahli kelima yang meninggal pada tahun 2009.

BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR

“Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kami mengingati beliau,”

– Keating

Keating berkata demikian sebelum mereka mempersembahkan lagu yang memuatkan suara mendiang Gately.

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu turut melihat penampilan bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu, Brian McFadden yang mempersembahkan tujuh lagu popular Westlife When You’re Looking Like That, Mandy and Swear It Again.

Boyzone telah menjual lebih 20 juta rekod dan sebanyak 21 lagu kumpulan ini pernah menduduki tempat teratas carta pop British, seperti Love Me for a Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi.

Persembahan mega konsert Boyzone dianjurkan Wowstar Creative Entertainment.

“Kuala Lumpur adalah antara bandar paling penting bagi rancangan strategik Wowstar di Asia.

“Ia satu penghormatan bagi kami kerana berjaya membawa lagenda kumpulan pop dari Ireland ini kembali ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan konsert terakhirnya kepada peminat-peminat Malaysia pada Jun ini,”

– Gloria Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Wowstar Creative Entertainment.

Terkini, syarikat terbabit telah berjaya menganjurkan persembahan penyanyi dan penulis lagu berasal Amerika Syarikat iaitu Jason Mraz di Asia termasuk di Kuala Lumpur pada 13 Mei lalu.

Untuk bulan-bulan berikutnya, syarikat hiburan tersebut akan menganjurkan persembahan artis dan kumpulan antarabangsa termasuk beberapa kumpulan pop, rock dan penyanyi fenomena dan popular di Asia.

BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR

Walaupun baru berusia setahun lebih dalam beroperasi, Wowstar Creative Entertainment telah berjaya menganjurkan antara 40 hingga 50 konsert dan melabur dalam 10 projek filem berbahasa Kantonis atau Mandarin.

Ini merangkumi barisan bintang K-Pop, J-Pop, Hong Kong and Mandarin, artis dan kumpulan antarabangsa serta pelaburan strategik dalam filem blockbuster aksi ‘urban terrorism’ berjudul, “Shock Wave 2” hasil terbitan dan lakonan pelakon popular Andy Lau. 

“Kami mengalu-alukan hubungan akrab dengan rakan kongsi kami yang sedia ada di rantau Asia Pasifik ini, dan kami ingin membina hubungan baru dengan rakan kongsi berpotensi dalam pasaran” kata Wei.

BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR
BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR
BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR
BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR
BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR
BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT FAREWELL TOUR IN KUALA LUMPUR

#wowstar                        

#entertainment                        

#artiste                        

#showbiz

BERKENAAN WOWSTAR CREATIVE ENTERTAINMENTCO., LTD.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah antara syarikat hiburan yang berkembang pesat di rantau Asia Pasifik, khususnya dalam perniagaan hiburan yang pelbagai merangkumi persembahan lagu dan hiburan langsung, pengurusan artis, penerbitan serta pengagihan filem, program televisyen dan komersial.

BERKENAAN BOYZONE

Boyzone mengadakan persembahan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada Ogos 2018 bersempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25. Thank You & Goodnight, album studio ke tujuh dan terakhir kumpulan terbabit dikeluarkan pada November 2018. Dream adalah single bagi promosi album Thank You & Goodnight, menampilkan Steven Gately sebagai vokal. Gately sebelum itu merakam versi solo lagu terbabit sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Kumpulan itu mengambil keputusan merakam semula lagu tersebut dengan menambah vokal mereka kepada versi Gately, secara langsung memasukkan arwah ahli kumpulan Boyzone itu ke dalam album studio terakhir mereka. Dengan pelancaran album terakhir, Boyzone memulakan Jelajah Thank You & Goodnight Farewell pada Januari 2019, di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sudah ‘Move On’, Erra Fazira Enggan Ulas Isu Dengan Umie Aida

Tip Hidangan Berkhasiat Dengan Bajet Kecil Dalam Program SAVE MONEY GOOD FOOD