in

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

RTM SIAR PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 MENERUSI TV1

Faham dengan kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu dan ianya telah pun direalisasikan sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia tahun ini.

Kemuncaknya RTM bakal menyiarkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Terengganu yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu depan ekoran kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Siaran langsung disiarkan bermula jam 8.40 malam ini menyaksikan kejayaan mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun ini menyaksikan pertembungan kali ke 5, Terengganu dengan Negeri Sembilan. Kedua-dua pasukan semestinya sudah mengenali antara satu sama lain. Namun demikian, strategi dan kekuatan mental pemain sudah semestinya akan dijadikan sebagai senjata utama untuk memburu gelaran Juara Piala Malaysia 2011.

Pengendali pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yakin Skuad Penyu mampu membawa pulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir ini. Keyakinan ini berdasarkan prestasi dan komitmen skuad bimbingannya itu bermula awal musim lagi dan momentum itu konsisten sehingga menghampiri kemuncak apabila semalam berjaya menyekat kemaraan Selangor, juara 32 kali.

Negeri Sembilan pula sedang melakukan percaturan penuh teliti dalam merencana skuad terbaik bagi menghadapi Terengganu pada perlawanan akhir ini. Jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah meluahkan kegembiraannya kerana semua pemain skuad ‘Hoben Jang Hoben’ itu bebas dari sebarang kecederaan.

Justeru kepada penyokong dua pasukan ini pastikan anda berkongsi babak-babak menarik aksi tendangan, asakan, pertahanan dan jaringan sang juara dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Terengganu, jam 8.40 malam hanya di TV1.

Sukan Terbaik Hanya di RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Nin Terjerumus Ke Jalan Songsang

Belajar Betulkan Bahasa Secara Santai Di TV2