in

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Reebonz

REEBONZ. APAKAH REEBONZ?

Reebonz memberikan pengalaman membeli-belah mewah yang terbaik. Tempat di mana kemewahan dapat dimiliki dengan harga yang berpatutan. Kami bawakan penjualan peribadi, dengan fesyen eksklusif, inspirasi rekaan dan pengalaman gaya hidup pada harga istimewa hanya untuk ahli kami.

PENYERTAAN
Keahlian adalah percuma. Hanya ahli sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara yang diadakan oleh Reebonz.

BELI-BELAH
Acara yang diadakan di Reebonz adalah untuk ahli sahaja dan biasanya untuk 2 hingga 3 hari. Setiap acara diadakan sepanjang tempoh yang ditetapkan sahaja – setelah tempohnya tamat, acara tersebut berakhir.

PENGHANTARAN
Khidmat penghantaran adalah percuma apabila anda membeli dari Reebonz! Harga yang tertera adalah harga yang anda perlu bayar apabila membeli. Tiada bayaran tambahan dikenakan.

Reebonz

PEMBAYARAN
Kami menerima semua kad kredit/ debit, dan anda juga boleh membayar menggunakan akaun PayPal anda. Untuk negara-negara tertentu, kami turut menawarkan cara pembayaran yang lain seperti pelan ansuran tanpa faedah atau pemindahan bank.

HEBAHKANNYA
Jemput rakan-rakan baik anda dan sesiapa sahaja yang anda mahu untuk menyertai komuniti ini. Anda tentukan siapa yang dapat menyertai Reebonz. Jemput seorang kawan dan dapatkan 5% Kredit Reebonz (sehingga tahap maksima 200 Kredit) apabila rakan anda turut serta dan membuat pembelian pertamanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Reebonz, sila layari http://www.reebonz.com USERID [email protected] KATA LALUAN reebonz

LATAR BELAKANG REEBONZ
Berpusat di Singapura, Reebonz (www.reebonz.com) merupakan destinasi eksklusif kegemaran Asia bagi jenama mewah pada harga yang berpatutan.
Konsep Reebonz (disebut ‘ribbons’) melibatkan acara jualan peribadi secara dalam talian buat jangka masa yang pendek. Acara sedemikian terbuka bagi ahli sahaja, dan pendaftaran sebagai ahli Reebonz adalah percuma.

Acara jualan melibatkan jenama wanita dan lelaki dan berasaskan konsep kemewahan yang mampu dimiliki. Ahli menikmati diskaun sehingga 70% bagi pelbagai jenama-jenama berkualiti tinggi.

Dengan jenama-jenama terkemuka seperti Prada, Gucci, MiuMiu, Tods, Christian Dior, Fendi dan banyak lagi, Reebonz menawarkan pilihan jenama yang luas dan juga sentiasa memperkenalkan jenama-jenama baru.

Apabila ahli membeli daripada Reebonz, mereka tidak perlu risau tentang caj penghantaran atau cukai kastam, memandangkan harga yang di bayar dalam talian tidak mengandungi sebarang kos tersembunyi. Ahli boleh menggunakan pelbagai pilihan bayaran seperti pelan bayaran secara ansuran, pemindahan bank ataupun kad debit/ kredit. Reebonz membuat penghantaran dalam masa 2 hari di Singapura dan 4 hari di negara lain, tertakluk kepada pelepasan kastam.

Menerima pakej dari Reebonz juga membawa keistimewaan sendiri kerana semua barangannya dibalut dengan menarik.

Reebonz

Reebonz boleh didapatkan dalam bentuk aplikasi iPhone dan iPad yang membolehkan ahli melihat semua acara jualan terkini dan akan datang di Reebonz.com, serta membolehkan mereka melihat dan membeli produk yang dijual.

Reebonz mempunyai program eksklusif bagi pelanggan setia di mana ahli Reebonz Black dan Solitaire dapat melihat acara jualan dalam talian dengan lebih awal, dijemput secara eksklusif bagi sebarang acara dan diberikan keutamaan dalam perkhidmatan penghantaran, selain daripada dapat menikmati keistimewaan-keistimewaan yang lain.

Reebonz ternyata bukan sekadar kelab beli-belah mewah dalam talian. Reebonz telah melancarkan SPACE pada September 2011 – pusat jualannya. Reebonz SPACE, terletak di Singapura, Malaysia, Thailand dan Australia, memaparkan rekaan selesa di mana para ahli dan orang umum dapat menikmati pengalaman beli-belah sambil dihidangkan minuman dan makanan ringan serta mengalami acara-acara terkemuka.

Untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam pengalaman gaya hidup dan fesyen mewah, the Edit diadakan sebagai penimbang tara. Editorial dalam talian ini berkongsi gaya jalanan mewah, barangan terbaru yang harus dimiliki, pereka baru, paparan fesyen hebat dan pengalaman kota.

Pada April 2012, Reebonz melancarkan kwerkee www.kwerkee.com, sebuah laman web khas bagi barangan-barangan cantik. Dengan bertemakan “Daily Design Sauce”, kwerkee memaparkan produk hiasan rumah yang lain daripada yang lain sepanjang tahun bagi pengguna yang peka akan rekaan. Menyedari akan kurangnya pasaran produk rekaan dan gaya hidup yang anggun dan ranggi, kwerkee dapat memenuhi permintaan ini , lantas membawa keseronokan dalam hidup pengguna.

Bermula pada Mac 2009, Reebonz dengan pantas telah memantapkan kedudukan di seluruh wilayah sebagai pusat paling dipercayai, disegani dan eksklusif bagi barangan berjenama yang berpatutan. Reebonz menawarkan saluran jualan terbaru yang mengedar secara terus bagi produk gaya hidup dan fesyen mewah. Ini membawa kemudahan, harga berpatutan dan lebih banyak pilihan bagi pengguna.

Dilancarkan oleh pengusaha-pengusaha Singapura Samuel Lim, Daniel Lim dan Benjamin Han, Reebonz kini mempunyai pejabat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Australia, Shanghai dan Korea, serta menubuhkan saluran pengedaran bagi menggalakkan peluasan syarikat sepanjang kawasan Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Reebonz, sila layari http://www.reebonz.com USERID [email protected] KATA LALUAN reebonz

REEBONZ
Fakta

NAMA
Reebonz Pte Ltd

ALAMAT
21 Tai Seng Street
Singapore 534166
TELEFON
6499 9469

FAKS
499 9443

LAMAN WEB
www.reebonz.com

CEO
Samuel Lim

TARIKH PENUBUHAN
9 Mac 2009

Reebonz

AKSESORI
Amrita Singh
Bvlgari
Candore
DKNY Watches
Jam tangan Calvin Klein
Jam tangan Kenneth Cole
Jam tangan Tag Huer
Cermin mata Ray Ban
Cermin mata Alexander McQueen
Vintage Chanel
Vintage Hermes
BEG DAN BARANGAN KULIT KECIL
Balenciaga
Bottega Veneta
Bvlgari
Celine
Chloe
Gucci
Fendi
Prada
Kate Spade
Coach
Miu Miu
Tods
Salvatore Ferragamo
Burberry
Vintage Chanel
Vintage Hermes
Vintage Louis Vuitton
Comme des Garcons
Dior
Marc by Marc Jacobs
Yves Saint Lauren
BCBG Max Azria
Furla
1A Classe
Valentino
Christian Louboutin
Givenchy
Alexander Wang
Jimmy Choo
Bally
Michael Kors
Proenza Schouler
Mulberry
Stella McCartney
Lanvin
DKNY
Dolce & Gabbana
D&G

LAIN-LAIN/ GAYA HIDUP
kwerkee by Reebonz

BIODATA PENGASAS REEBONZ
SAMUEL LIM
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, EFUSION GROUP/REEBONZ PTE LTD.

Samuel Lim merupakan pengasas dan CEO bagi kumpulan syarikat Reebonz dan eFusion. Samuel memulakan perniagaan pertama beliau seawal usia 20 tahun tatkala menjalani khidmat negara. Dia bekerja sepanjang zaman sekolahnya sambil mendapatkan ijazah sarjana dalam Perakaunan di Nanyang Business School. Pada tahun 2000, ketika tahun pertamanya di universiti, Samuel mengasaskan antara perniagaan kandungan telefon bimbit terbesar di Asia Tenggara, Fusion Mobile, di bawah eFusion Pte Ltd yang kemudiannya dibeli oleh syarikat tersenarai Malaysia pada tahun 2007.
Pada tahun 2004, Samuel mengasaskan satu lagi cabang perniagaan di bawah eFusion Solutions Pte Ltd yang digelar Fusion Direct, dalam jualan terus dan pemasaran pangkalan data bagi perbankan tidak bercagar dan produk serta perkhidmatan kewangan bagi bank-bank global asing yang terkemuka. Perniagaan ini memiliki tenaga kerja lebih daripada 180 orang di lebih daripada 3 buah negara dan merupakan yang terbesar dalam industri tersebut di Singapura. Pada tahun 2012 eFusion Solutions (Fusion Direct) dibeli oleh sebuah syarikat tersenarai Singapura.
Pada Mac 2009, Samuel menubuhkan Reebonz bersama sekumpulan pengasas lain yang terdiri daripada 6 orang individu. Reebonz merupakan hasil aspirasi Samuel yang ingin menyediakan barangan berjenama secara dalam talian bagi para pengguna sekitar Asia. Berasaskan trend kelab beli-belah secara jualan peribadi, REEBONZ cepat berkembang dan kini memiliki lebih daripada 150 orang pekerja dan beroperasi di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Australia, Korea dan Shanghai sebagai salah sebuah komuniti beli-belah terbesar di Asia. Reebonz.com kini menjadi syarikat jualan mewah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara.
Samuel percaya akan kepentingan menikmati hidup dan berusaha ke arah matlamat dan aspirasi masing-masing serta menyumbang kepada masyarakat dengan membantu pengusaha-pengusaha baru yang lain. Samuel pernah menjadi Presiden bagi Audio Text Service Providers Association serta Entrepreneurs Organization Singapore. Dia turut dipaparkan dalam pelbagai cetakan tempatan dan antarabangsa atas pencapaian keusahawanannya sebelum mencapai umur 30 tahun.

BENJAMIN HAN & DANIEL LIM
PENGASAS BERSAMA, REEBONZ PTE LTD
Benjamin Han dan Daniel Lim mula menceburi perniagaan menjual barangan novelti dari Amerika pada tahun 2005. Mereka mula berjinak-jinak dengan e-dagang apabila Zuunbo.com dilancarkan pada tahun 2007, tatkala mereka masih menuntut untuk mendapatkan ijazah sarjana masing-masing dalam bidang hartanah di National University of Singapore dan Pengurusan Perniagaan di Singapore Management University. Zuunbo.com merupakan laman web yang memaparkan barang baru untuk dijual setiap hari pada diskaun yang hebat.
Zuunbo.com meraih kejayaan dan diberikan dana daripada Singapore Management University (SMU) Business Innovation Generator, yang menguruskan Entrepreneurial Talent Development Fund bersama dengan Spring Singapore bagi melabur dalam cadangan perniagaan yang berpotensi. Menggunakan pengalaman mereka daripada perniagaan yang lalu, Benjamin dan Daniel menjalankan kajian pasaran tentang corak pembelian pelanggan dalam talian, yang mencetuskan idea Reebonz. Tanpa berlengah, mereka mencadangkan kepada Samuel akan konsep jualan berpatutan segera bagi pasaran Asia. Pada Mac 2009, bersama pengasas lain, Reebonz dilancarkan dan berkembang secara konsisten ke lapan buah negara lain di Asia Pasifik.
Dengan kerjaya yang berkembang dan perniagaan yang berjaya menjelang umur 20-an, Benjamin percaya untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan memperbaiki diri bagi setiap cabaran yang dihadapi.

Reebonz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman Program Pesona Aidilfitri Bersama Orkesta RTM

Beg Wanita Yang Sesuai Untuk Hari Raya