in

Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia

Metadome Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian dengan EMI Music Indonesia untuk memasarkan & mengedarkan semua aset muzik, digital & fizikal bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Timur Tengah.

EMI Music Indonesia selesai proses pengambilalihan baru-baru ini. Perubahan struktur perniagaan terutamanya pengedaran dan pemasaran hak cipta produk-produk EMI ini merupakan yang paling drastik pernah berlaku sejak ia mulai beroperasi.

Mulan Jameela

Antara artis-artis Indonesia dibawah syarikat rakaman EMI Music Indonesia terdahulu ialah Dewa 19, Mulan Jameela, Ada Band, Andra & The Backbone, The Titans, Five Minutes, Radja, Tahta, Kapten, Naif, Repvblik, Ten 2 Five, The One, dan The Rock.

Menurut Pengurus Kanan Metadome, KC Ismail “ Metadome telah mulai mengedarkan dan memasarkan lagu dan album artis EMI Music Indonesia bermula pada April 2009.” Menurutnya lagi “Kami berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh pihak EMI untuk mengedarkan repetiore mereka.”  Menurutnya lagi “Dengan kerjasama ini, kami juga berharap  dapat memperkenalkan artis-artis dibawah naungan Metadome ke pasaran Indonesia.”

Antara perancangan lain yang telah dibuat oleh Metadome ialah, mempromosikan single terbaru dari kumpulan Ada Band berjudul Pemain Cinta dan Five Minutes berjudul Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh. Metadome juga akan mempromosikan kumpulan Dewa 19 dan Andra & The Backbone yang akan menjayakan Konsert Pesta Malam Indonesia III pada 20 Jun depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan

Kempen Suria FM Senyum & Menang RM 18,000 Bersama Tuah & Zizi