in

Peraduan Tayangan Premiere Filem BLENDED – Budiey.com

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! 

Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere BLENDED – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem komedi yang menggelikan hati. Pecah perut satu panggung! Pasti ramai pembaca budiey.com yang tak sabar menonton filem arahan Frank Coraci ini kerana ini adalah kali ketiga Adam Sandler dan Drew Barrymore disatukan dalam filem.

[pullquote]Blended, antara Adam Sandler dan Drew Barrymore bersatu semula untuk BLENDED. Budiey rasa, filem ini tidak jauh beza berbanding filem-filem terdahulu, tetapi penampilan terbaru bersama pelakon komedi yang lain seperti Joel Michale dan Wendi McLendon-Convey bakal menambahkan rencah komedi yang pastinya membuat penonton tidak kering gusi.[/pullquote]

Filem yang menggandingkan lakonan dua pelakon berbakat besar ini menceritakan tentang kisah dua insan, seorang ibu tunggal bernama Lauren (lakonan Barrymore) dan seorang lagi lelaki duda yang suka berjenaka (lakonan Sandler) telah bersetuju untuk tidak mahu bertemu lagi selepas mereka berdua bertemu di sesi blind date. Haa, apa kes dah tak nak jumpa?

Tetapi apabila mereka masing-masing mendaftar secara berasingan untuk percutian keluarga bersama anak-anak mereka, secara kebetulan mereka berdua telah terjebak berkongsi bilik suite di sebuah resort safari Afrika mewah selama seminggu. Bayangkan bagaimana kecoh dan macam-macam hal serta kerenah akan berlaku.

“Blended” turut dibintangi Joel McHale sebagai Lauren bekas suami, Mark, dan Wendi McLendon-Covey (“Bridesmaids”) sebagai kawan yang terbaik, Jen; Kevin Nealon dan Jessica Lowe sebagai pasangan yang terlalu romantis juga bercuti di resort; dan Terry Crews (“The Expendables 2”) sebagai tuan rumah di lokasi peranginan.

Dilakonkan oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore dan ramai lagi, filem BLENDED akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 12 Jun 2014.

blended

Sinopsis Filem BLENDED :

“Blended” marks the third comedy collaboration between stars Adam Sandler and Drew Barrymore, following their successful onscreen pairings in the hit romantic comedies “50 First Dates” and “The Wedding Singer.”After a disastrous blind date, single parents Lauren (Barrymore) and Jim (Sandler) agree on only one thing: they never want to see each other again.  But when they each sign up separately for  a fabulous family vacation with their kids, they are all stuck sharing a suite at a luxurious African safari resort for  a week.“Blended” also stars Joel McHale (NBC’s “Community”) as Lauren’s ex-husband, Mark, and Wendi McLendon-Covey (“Bridesmaids”) as her best friend, Jen; Kevin Nealon (“Weeds”) and Jessica Lowe (funnyordie’s “RobotDown”) as an overly romantic couple also vacationing at the resort; and Terry Crews (“The Expendables 2”) as the resort’s singing host.

Peraduan Tayangan Premiere Filem BLENDED

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 150 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

10 Jun 2014 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama, Bandar Utama

Sebanyak 150 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BLENDED – Budiey.com di TGV 1 Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Blended kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Betul atau salah: Filem BLENDED adalah sebuah filem bergenre komedi arahan Frank Coraci

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BLENDED – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere BLENDED – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

7 Jun 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Jun 2014 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Blended

Blended

Blended

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KIL Ditayang di Fantasaspoa 2014

Peraduan Tayangan Premiere How to Train Your Dragon 2