in , , ,

Peraduan Tayangan Menonton Filem BAD BOYS FOR LIFE

Nah! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini!

Anda nak menghadiri Tayangan filem BAD BOYS FOR LIFE bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi komedi bercorak penyiasatan ini. Sebanyak 40 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem BAD BOYS FOR LIFE akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 23 Januari 2020.

Filem Bad Boys For Life

Untuk filem ini pelakon terkenal Will Smith dan Martin Lawrence kembali beraksi sebagai dua polis yang sangat lucu, Mike Lowrey dan Marcus Bennett. Filem ini merupakan filem terakhir dalam siri BAD BOYS sejak filem Bad Boys II yang tayang tahun 2002.

Hubungan pegawai polis Michael “Mike” Lowrey dan Marcus Burnett, yang dahulunya sukar dipisahkan, kini semakin renggang. Burnett kini seorang inspektor polis sementara Lowrey, yang bergelut dengan krisis pertengahan hidup, ditugaskan untuk mengetuai pasukan elit yang baru ditubuhkan, AMMO, walaupun dia tiada persamaan dengan pasukan polis-polis muda itu.

Apabila seorang ketua samseng dari kartel dadah Miami, yang mana abangnya telah dibunuh oleh Lowrey dan Burnett beberapa tahun lalu, ingin membalas dendam terhadap Lowrey ketika dia dan Burnett ingin bersara, kedua-dua polis itu perlu bersatu semula untuk menumpaskannya.

Filem terakhir Bad Boys ini tak lagi diarahkan oleh Michael Bay. Tugasnya kini diambil alih Adil El Arbi dan Bilall Fallah. Tapi bukan bererti gaya cerita filem ini berbeza dari filem-filem sebelumnya. El Arbi dan Fallah tetap dapat menciptakan cerita aksi dengan gaya yang jenaka, sama seperti kedua filem Bad Boys sebelumnya.

Selain dibintangi oleh Will Smith dan Martin Lawrence, filem ini turut dilakonkan oleh Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton dan ramai lagi.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad BAD BOYS FOR LIFE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad BAD BOYS FOR LIFE untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.

Print
1x Limited Edition ‘Bad Boys For Life’ USB Pen drive
BB_HP Stand
3x Limited Edition ‘Bad Boys For Life’ Aluminum Phone Holder
BB_T-shirt
5x Limited Edition ‘Bad Boys For Life’ T-Shirt
BB_Adapter
1x Limited Edition ‘Bad Boys For Life’ Travel Adapter
BB_Gadget pouch
2x Limited Edition ‘Bad Boys For Life’ Tech Bag

Peraduan Tayangan Premiere Filem BAD BOYS FOR LIFE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 40 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

21 Januari 2020 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BAD BOYS FOR LIFE – Budiey.com di GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #badboysforlife

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. 

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua watak utama dalam filem BAD BOYS FOR LIFE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BAD BOYS FOR LIFE– Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Filem BAD BOYS FOR LIFE – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

20 Januari (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem Bad Boys For Life
Filem Bad Boys For Life
Filem Bad Boys For Life

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Sebak Persembahan Airmata PUTEH di Pentas Akhir MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 Akhirnya Dinobat Juara

Kumpulan Metal Legend XPDC Bakal Beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur