in

Peraduan Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

Salam semua pembaca setia Budiey.com

Terima kasih Budiey ucapkan kepada yang telah membaca entri Pertandingan Futsal Neon Pertama di Malaysia oleh Dashing for Men yang Budiey siarkan semalam. Jadi, untuk menghargai penat lelah korang semua membaca entri tersebut, Budiey ingin menghadiahkan 10 hamper barangan Dashing berupa Dashing For Men : Eau De Toilette Fragrances, barangan penjagaan kulit dan deodorant bernilai RM150. Mahu ke tidhooook?

Jika anda mahu hadiah yang Budiey tawarkan ini, apa kata lekas join peraduan yang senang ini. Anda hanya perlu menjawab tiga soalan mudah dan tulis slogan dengan bahasa yang paling kreatif. Orait?

Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

Budiey difahamkan, Pertangingan Cabaran Skor Dashing akan diadakan dan sekarang ia terbuka kepada semua untuk sertainya. Budiey pun rasa nak join tapi sudah tentu ada caranya dan kenalah tubuhkan satu kumpulan. Tidak mengapa, Budiey telah pun dijemput oleh pihak Dashing untuk menyertai pasukan MEDIA bagi melawan grup Selebriti di perlawanan akhir nanti. Mmm… merasalah lawan futsal dengan Remy Ishak katanya. Mampu ke tidak?

Budiey rasa pertandingan futsal anjuran Dashing ini sangat unik sebab tak pernah dibuat orang bermain dalam gelap di bawah lampu neon. Kejohanan ini dikatakan sangat menyeronokkan bagi anda pelanggan Dashing yang mencintai sukan futsal. Tak pernah terfikir pun ada perlawanan futsal di dalam gelap sambil disinari lampu neon. Teringat pulak akan sebuah filem berjudul TRON nih. Haha lebih kurang macam tu la kan?

Kejohanan di seluruh negara akan dilaksanakan mengikut kawasan di Kuala Lumpur, Kluang, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang. Setiap pemenang kawasan akan bertarung dalam pertandingan akhir di Kuala Lumpur. Perlawanan setiap kawasan akan bermula pada bulan November dengan pertandingan akhir bakal berlangsung pada 8 Disember 2012.

Perekrutan pasukan akan bermula pada bulan Oktober. Selain daripada pengalaman menggembirakan, para peserta juga berentap bagi memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000.00. Ganjaran utama bagi juara kejohanan selain wang tunai berjumlah RM7,000.00 adalah lawatan ke studio ESPN di Singapura. Ini merupakan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Wow, hebat tak hadiahnya?

Dalam pertandingan mencabar ini, futsal akan dimainkan di bawah cahaya lampu neon bersama pemain-pemain yang turut menyarungkan pakaian sukan neon agar mereka tampak bercahaya. Bermula daripada bola kepada jersi sehinggalah tiang gol, semuanya akan disediakan dalam warna neon yang pasti menjanjikan pengalaman unik kepada para peserta.

Sekiranya anda teruja dengan cabaran ini dan mahu mencuba nasib dalam futsal neon bersama kumpulan anda seramai tujuh pemain, ikuti langkah-langkah berikut. Beli produk Dashing bernilai RM200 dalam satu resit tunggal atau maksimum tujuh resit berasingan dalam bulan Oktober 2012.

Langkah ini hanya memerlukan setiap pemain anda melaburkan sebanyak RM30 bagi kelayakan penyertaan. Kemudian, daftar kumpulan anda dengan mengisi borang yang disediakan di semua kaunter-kaunter utama Dashing. Borang itu juga boleh didapati di lokasi jelajah Dashing yang akan dijalankan di beberapa kolej (maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Dashing www.facebook.com/dashingformen.

Budiey ada 10 hamper barangan Dashing For Men bernilai RM150 setiap satu. Mahu hadiah ini? Jom sertai peraduan mudah ini:

Dashing Active Eau De Toilette, Body Spray & Roll-On Deodorant
Sila Jawab Soalan Berikut:

1. Sebutkan tiga lokasi pertandingan ini diadakan.

2. Bagaimana cara untuk menyertai pertandingan futsal ini?

3. Lengkapkan slogan ini.

Saya mahu menyertai pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing kerana… (tidak lebih dari 30 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

20 Oktober 2012

Tajuk Email: Peraduan Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos oleh pihak Budiey.com
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Peraduan ini ditaja oleh Dashing. Terima kasih Dashing!

Keeping him fresh and confidence all day long - Remy poses with Dashing for Men

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Pengacara Jemputan Nona Musim Ke-6

Salam Semua Lagu Duet Aaron Aziz Dengan Sleeq