in , ,

Peraduan Pantene #ChanceToShine With Fathia Latiff

Haba dan lembapan adalah faktor-faktor yang paling lazim menyebabkan rambut menjadi kusam dan tidak bermaya.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa mineral yang wujud secara semula jadi di dalam air boleh membawa kesan yang buruk kepada struktur protein rambut, atau keratin, dan menjadi musuh dalam diam yang menghalang rambut daripada kelihatan sihat!

Pakar-pakar daripada Institut Kajian Rambut Pantene (PHRI) mendapati bahawa pengumpulan mineral oksidatif yang berlebihan di dalam rambut boleh menjejaskan kesihatan rambut. Mineral oksidatif meningkatkan penghasilan radikal bebas yang membawa kepada keretakan dan hakisan pada protein rambut lalu menyebabkan rambut menjadi lemah.

ChanceToShine2

Berikan Rambut Anda Peluang Untuk Bersinar Dengan Rangkaian BARU Pantene. Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin memberikan anda rambut yang cantik, berseri dan bersinar.

Penyelesaiannya? Memperkenalkan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin (KDB) yang diformulasi semula ke dalam rangkaian syampu penjagaan rambut Pantene Pro-V. Teknologi KDB bertindak secara aktif untuk mensasarkan, memerangkap dan membantu meneutralkan mineral oksidatif yang berlebihan di dalam rambut.

Penghalang Kerosakan tidak menunggu sehingga radikal bebas dihasilkan sebelum menyerangnya, sebaliknya ia membantu mencegah pembentukannya dengan mengurangkan paras mineral yang berlebihan di dalam rambut. Pantene merupakan jenama global pertama yang direka untuk mencegah hakisan protein dengan mengurangkan pengumpulan mineral di dalam rambut.

Dengan penggunaan berterusan, tekanan oksidatif akibat mineral akan berkurangan, protein rambut lebih terjaga dan keadaan rambut akan menjadi lebih baik, seterusnya memberikan anda rambut yang cantik, berseri dan bersinar. Kesihatan rambut dipertingkatkan melalui setiap basuhan dengan syampu Pantene Pro-V, kini dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin dan musuh dalam diam akan kekal tidak kelihatan!

“Pantene Pro-V komited untuk menghasilkan produk-produk penjagaan rambut yang terbaik untuk wanita. Dengan rangkaian syampu Pantene Pro-V yang diformulasi semula dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin ini, penjagaan rambut telah dibawa ke satu tahap yang baru. Kini, rambut yang cantik, berseri dan bersinar boleh dimiliki dengan hanya satu cucian, jadi kepada semua wanita Malaysia – berilah peluang kepada rambut anda untuk bersinar!”

– Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G.

Rangkaian syampu Pantene Pro-V yang diformulasi semula dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin terdiri daripada Color & Perm Lasting Care, Daily Moisture Repair, Hair Fall Control, dan Total Damage Care. Ia dijual pada harga RM9.90 (170ml) dan boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara.

Cara Mudah Untuk Menang Peraduan Pantene #ChanceToShine

• Berikan rambut anda peluang untuk bersinar dengan Pantene dan menangi bekalan produk Pantene untuk satu tahun, serta portret Fathia Latiff yang ditandatangani oleh beliau sendiri!

• Instagram selfie diri anda bersama produk Pantene kegemaran anda dengan menggunakan hashtag #ChanceToShine dan #PanteneMY – mudah sahaja!

• Jangan lupa menukarkan tetapan profil Instagram anda ke “public” supaya kami dapat melihat gambar anda! Pemenang akan dimaklum melalui Instagram private messaging daripada akaun Instagram @chancetoshine.

• Peraduan tamat 30th September 2014. Tertakluk pada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mother Delivers Eun-B Final Words For Hyun Min-A

Filem Lelaki Harapan Dunia Berjaya di Festival Filem Antarabangsa