in , , ,

Peraduan Menonton Filem Ford v Ferrari

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi dunia permotoran berjudul Ford v Ferrari bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 14 November 2019 ini dengan babak dan aksi penuh dramatik. Nak menang hadiah tiket menonton? Apa kata sertai peraduan ini.

Untuk pengetahuan pembaca, filem Ford v Ferrari mengisahkan tentang dunia perlumbaan. Demi menandingi kereta lumba Enzo Ferrari di 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966, pereka kereta Amerika Carroll Shelby dan pelumba kereta Ken Miles bekerjasama untuk membina sebuah kenderaan revolusi bagi syarikat Ford Motor Co.

Mereka perlu mengatasi undang-undang fizik, masalah peribadi masing-masing serta penglibatan korporat bagi membina kereta lumba tersebut. Nantikan sama-sama apakah kesudahan cerita dalam filem ini.

Ford v Ferrari_OneSheet_MY

Ford v Ferrari dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat seperti Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitriona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas dan ramai lagi.

Filem Ford v Ferrari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 November 2019.

Peraduan Menonton Filem Ford v Ferrari

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 November 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Ford v Ferrari – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FordvFerrari

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan merchandise ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon yang membintangi filem Ford v Ferrari.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem Ford v Ferrari kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Ford v Ferrari

Tarikh tutup peraduan:

10 November 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada The Walt Disney Company (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem Ford v Ferrari
Filem Ford v Ferrari
Filem Ford v Ferrari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lawak Kumpulan Rare di Maharaja Lawak Mega 2019 Trending di Youtube Malaysia

ASK 2019 Gamit 4.8 Juta Penonton & 700 Ribu Tontonan Digital