in , ,

Peraduan Menonton Filem Disney’s Frozen 2

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem animasi kegemaran ramai yang cukup menarik berjudul Disney’s Frozen 2 akan menemui penonton tidak lama lagi. Sempena dengan tayangan filem ini, sertai peraduan ini untuk anda berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Berita baik untuk semua peminat filem terbitan Disney! Selepas kejayaan dengan kutipan memberangsangkan untuk filem Disney’s Frozen pada tahun 2013, Disney sekali lagi menyajikan sebuah filem yang dinantikan oleh ramai peminat filem iaitu Disney’s Frozen 2.

Dalam kisah kali ini, Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle. Menarik bukan?

Disney’s Frozen 2
©2019 DISNEY

Info & Sinopsis Filem Disney’s Frozen 2

Disney’s Frozen 2 mengambil latar tiga tahun setelah filem pertama. Elsa (dialih suara oleh Idina Menzel) kini telah menjadi ratu di Arandelle. Dia hidup bahagia bersama adiknya, Anna (Kristen Bell) serta orang-orang yang mereka sayangi, Kristoff (Jonathan Groff), Olaf (Josh Gad), dan Sven.

Akan tetapi, terdapat satu misteri yang bakal membawa mereka untuk berhadapan dengan satu masalah yang lebih besar, sebuah perjalanan yang akan mengungkap kisah di sebalik karakter tersebut, terutama bagi Elsa.

Dalam filem kali ini, ada beberapa tanda tanya yang belum terjawab dalam filem sebelumnya bakal terjawab dalam filem sekuel ini. Di antaranya, penyebab kenapa kapal orang tua Anna dan Elsa tenggelam, serta asal usul Elsa dilahirkan dengan kekuatan magis yang begitu besar. Disney’s Frozen 2 akan menjawab pertanyaan tersebut.

Selain masalah yang begitu mencabar dalam filem kali ini, Disney’s Frozen 2 juga sesuatu yang berbeza dari filem pertama. Latar musim dingin akan diganti dengan musim gugur yang lebih berwarna dan cukup cantik. Dalam filem terbaharu ini juga akan dihadirkan beberapa karakter baru seperti Queen Iduna (dialih-suarakan oleh Evan Rachel Wood) dan Lieutenant Destin Mattias (Sterling K. Brown).

Seperti mana filem pertama, Disney’s Frozen 2 juga turut memuatkan beberapa buah lagu yang menarik dan sedap didengar. Dengan arahan dua penulis lagu berbakat yang menghasilkan lagu-lagu kegemaran ramai iaitu, Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez dengan menampilkan tujuh buah lagu, dibantu oleh muzik latar karya Christopher Beck. 

Disney’s Frozen 2 ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 November 2019.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Frozen 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.

Frozen2_Tote Bag
Limited Edition Disney’s Frozen 2 Tote Bag X 5
Frozen2_Sticker
Limited Edition Disney’s Frozen 2 Sticker Sheet X 5
Frozen2_Photo frame
Limited Edition Disney’s Frozen 2 Photo Frame X 5
Frozen2_Collector Cards
Limited Edition Disney’s Frozen 2 Lenticular Collector Cards X 5
Frozen2_Beanie
Limited Edition Disney’s Frozen 2 Beanie X 5

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:48 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/AxF42ESVQGo
  2. Namakan dua watak baik dalam filem Disney’s Frozen 2.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s Frozen 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney’s Frozen 2

Tarikh tutup peraduan:

12 Disember 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 21 November 2019.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Disney’s Frozen 2
©2019 DISNEY
Disney’s Frozen 2
©2019 DISNEY
Disney’s Frozen 2
©2019 DISNEY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Lancar Lagu Terbaharu Berjudul WAKTU

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2019