in ,

Peraduan Menangi Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 29

Salam mesra dari AJL29 buat semua pembaca Sensasi Selebriti,

Demam Anugerah Juara Lagu ke-29, anugerah yang memartabatkan seni ciptaan lagu kini kembali dirasakan. Budiey juga turut terkena tempias kehangatan dengan bahang AJL29 kali ini. Anda pulak macamana? Bahang Anugerah Juara Lagu ke-29 semakin Budiey rasai dengan acara Mini Konsert AJL29 yang akan diadakan pada 21 Disember 2014 di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Budiey turut berada di sana untuk buat liputan dan #LiveUpdate di Instagram & Twitter.

Budiey masih ingat, kenangan tahun lepas, semasa Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-28 di Busana @ Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman dan kalau nak singkap semula dua tahun lepas kita menyaksikan promosi AJL27 di Melaka, ramai artis yang turun dan acara gimik pun sangat best dan happening sebab ramai orang Melaka dan Johor turut sama datang tengok show.

ajl29

[pullquote align=”right”]Anugerah Juara Lagu 29 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 hingga 11.30 malam pada 18 Januari 2015.[/pullquote]

Sebenarnya, apabila terpanggil untuk buat liputan di Mini Konsert Anugerah Juara Lagu Ke-29 di Nu Sentral pada 21 Disember ni, semakin berkobar-kobar pulak nak tahu siapalah agaknya yang akan menang besar di AJL29 ni. Korang agak-agak la kan, siapa yang akan menang ek?

Tahun ini AJL29 memilih tema “Gema dalam Muzik” di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.

[pullquote align=”right”]Roadshow Anugerah Juara Lagu 29 akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular seperti Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Awi Rafael & Altimet, Alyah, Hazama, Azlan & The Typewriter.[/pullquote]

Para pemenang Anugerah Juara Lagu 29 juga akan menerima hadiah yang lebih lumayan iaitu selain trofi, hadiah wang tunai juga telah dinaikkan. Bagi juara AJL29 mereka bakal menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Naib juara pula akan menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000. Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

TV3 bersama portal muzik rasmi AJL, Tonton Music serta radio rasmi AJL, Hot FM turut menganjurkan peraduan ‘Cover Kami’ buat mereka yang berbakat di dalam bidang nyanyian. Pemenang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM5,000 serta membuat persembahan langsung di pentas sebalik tabir AJL29! Maklumat lanjut dan panduan boleh diperolehi di www.anugerahjuaralagu.com.

Dihoskan oleh AG dan Scha Al-Yahya, Anugerah Juara Lagu ke-29 akan dipancarkan oleh PAMOGA dan Qu Puteh pada hari Ahad, 18 Januari 2015 secara langsung pada jam 9.00 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan #AJL29 bagi sebarang interaksi dan perbincangan mengenai Anugerah Juara Lagu di laman media sosial. Ikuti @TV3Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini acara ini menerusi akaun Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Layari www.anugerahjuaralagu.com untuk maklumat lanjut.

Walaupun AJL29 akan berlangsung satu minggu lagi, Budiey percaya, minggu ini anda semua sibuk mencari-cari tiket untuk menonton secara live Anugerah Juara Lagu Ke-29. Budiey sudah pun berusaha sedaya upaya untuk memberikan tiket AJL utk pembaca budiman sekalian.

Kepada semua #Budieyators, Budiey akan memberikan 4 keping tiket VIP dan 16 keping tiket biasa bagi menonton AJL29. Jumpa anda di sana!

[dropcap]K[/dropcap]ira-kira 2 minggu sahaja lagi kita bakal mengetahui lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu. Korang rasa lagu mana eh? Budiey ramalkan lagu yang akan dinobatkan sebagai juara pada tahun ini ialah… lagu Hafiz (Matahari) kalau tak pun, Alyah (Sesal Separuh Nyawa) akan menang. Ini hanya ramalan bagi orang yang buta muzik dan hanya pendapat dari seorang blogger picisan seperti Budiey je.

Budiey baca kat Facebook TV3, dengarnya semua finalis dah pun membentangkan gimik dan corak persembahan mereka kepada produksi TV3. Haa, macam-macam idea dan konsep diketengahkan. Semuanya gempak-gempak.

Siapakah artis, komposer dan penulis lirik yang bakal meraih kejuaraan di dalam medan pertarungan tahun ini? Siapakah pula artis yang bakal mendapat tempat dalam persembahan dan vokal terbaik? Sama-sama kita nantikan ya!

finalis-ajl-29

Berikut senarai lagu yang akan buat persembahan mengikut giliran:

BIL TAJUK LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
1 MALAIKAT

 

HAZAMA THE PENGLIPURLARA OMAR K,   MIKE CHAN & HAZAMA OMAR K, MIKE CHAN & HAZAMA
2 PERCAYALAH INDAH RUHAILA

 

AIMAN MOHD ATLAS
3 SESAL SEPARUH NYAWA ALYAH ALFIE ALWI & AIDIL SHAH SHAMSHIRI & ALYAH
4 GADIS JOLOBU W.A.R.I.S & DATO’ HATTAN DJ FUZZ W.A.R.I.S & DATO HATTAN
5 ROMANCINTA MOJO

 

EDRY ABD HALIM EDRY ABD HALIM
6 RENTAK LAGUKU BUNKFACE & AMY SEARCH SAM BUNKFACE SAM BUNKFACE
7 MATAHARI

 

HAFIZ SUIP AJAI TRANSFORMER MELAYU
8 GILALAH

 

STACY OMAR K & MIKE CHAN STACY
9 DI PINTU SYURGA DAYANG NURFAIZAH

 

TAM (SPIDER) IMAN IMRAN
10 APA KHABAR JOE FLIZZOW & SONAONE SonaOne & JOE FLIZZOW JOE FLIZZOW
11 LELAKI NAJWA MAHIADDIN & THE PALAUANS (nyanyian asal oleh Yuna) YUNA & AG COCO YUNA
12 MASIH AKU CINTA SHILA AMZAH

 

SHILA AMZAH SHILA AMZAH

Peraduan Menangi Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 29

[dropcap]B[/dropcap]udiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 4 keping tiket VIP dan 16 keping tiket Anugerah Juara Lagu 29 kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket AJL29.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Anugerah Juara Lagu 29 di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: @Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @tv3malaysia

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #AJL29. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Anugerah Juara Lagu Ke-29 akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ajl29. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Selain kena Tweet, jangan lupa untuk hantar slogan paling KREATIF anda itu kepada emel Budiey

Slogan: Anugerah Juara Lagu Ke-29 akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Soalan 1:

1. Apakah tema Anugerah Juara Lagu 29?

Soalan 2:
3. Sebutkan tiga nama komposer dan penulis lirik yang berjaya ke AJL29.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Anugerah Juara Lagu Ke-29 akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 29

Tarikh tutup peraduan:
Jam 5 petang 16 Januari 2015

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut.

Nantikan gambar selebriti di karpet merah AJL29 di blog ini dan kemaskini terkini di Twitter @budiey & Instagram Budiey. Jom follow me ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada 27 Februari Ini

Simbolik Persembahan AC Mizal & Mawi di Anugerah Nasyid IKIMFM