in , , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Prebiu Filem THE BRIDE!

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Adakah anda berminat untuk menghadiri Tayangan Istimewa filem yang sangat dinantikan, THE BRIDE!? Filem ini menawarkan pengalaman yang cukup istimewa kepada pembaca Budiey.com. Tayangan Istimewa ini akan diadakan pada 3 Mac 2026, memberikan anda kesempatan eksklusif untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan filem ini.

FILEM THE BRIDE

Sinopsis Filem THE BRIDE! 

Filem THE BRIDE! tampil sebagai sebuah karya yang menampilkan pendekatan berani dalam menginterpretasi semula mitos Frankenstein, bukan sekadar mengulang naratif klasik, malah menyusun semula kisah tersebut dengan sentuhan yang lebih simbolik dan kontemporari. 

Projek ini diterajui oleh Maggie Gyllenhaal, penulis dan pengarah yang pernah menerima pencalonan Academy Award menerusi The Lost Daughter, sekali gus meletakkan jangkaan tinggi bahawa naskhah ini hadir dengan kekuatan penceritaan yang tersendiri.

“Dari Maggie Gyllenhaal (penulis/sutradara nominasi Academy Award The Lost Daughter) dan dibintangi Jessie Buckley (nominasi Academy Award) serta Christian Bale (pemenang Academy Award), hadir THE BRIDE!, sebuah versi berani dan ikonik dari salah satu kisah paling menggugah di dunia.”

Barisan Pelakon Bertaraf Anugerah Mengukuhkan Tarikan Utama

Dari segi pelakon, filem ini menampilkan barisan nama yang berprofil tinggi, sekali gus mengukuhkan daya tarikan kepada peminat filem dan pengkritik. Selain Jessie Buckley dan Christian Bale, filem ini turut dibintangi Peter Sarsgaard, dengan penampilan Annette Bening, Jake Gyllenhaal (pencalonan Academy Award) dan Penélope Cruz(pemenang Oscar). Gabungan ini memberi isyarat bahawa produksi ini memberi penekanan kepada lakonan berlapis dan dinamika emosi yang kompleks.

Film ini dibintangi Jessie Buckley, Christian Bale, dan Peter Sarsgaard, dengan Annette Bening, Jake Gyllenhaal (nominasi Academy Award), serta Penélope Cruz (pemenang Oscar).

Peraduan Tayangan Istimewa Filem THE BRIDE!

Budiey Channel ingin menghadiahkan 21 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan prebiu yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 3 Mac 2026 (Selasa)

Masa Pendaftaran: 8:30 malam

Masa Tayangan : 9.15 malam

Lokasi : TGV 1 Utama

Sebanyak 21 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Istimewa THE BRIDE! di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #THEBRIDE

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang membintangi filem THE BRIDE!

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem THE BRIDE! kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem THE BRIDE! – Budiey Channel 

Tarikh tutup peraduan: 2 Mac 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia di atas hadiah tiket dan kolaborasi ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Andai Itu Takdirnya 2 Semakin Panas, Karakter Aleya Tidak Macam Dulu

Asian Pac Perkenal Dwi Aurora di Surya PJ, Bungalow in the Sky