in , , ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyaksikan persembahan vokal terhebat dari Afgan dan kumpulan Ungu, dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan.  Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu!

Pastinya ia akan bergabung dalam aroma cinta dengan suntikan irama jazz akan dinyanyikan bersama peminat setia mereka. Tentunya lebih indah apabila Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai. Ya, Budiey rasa sangat teruja untuk menyaksikan konsert Afgan dan Ungu ini. Korang pulak macamana?

AfganUnguPoster

Kepada yang belum mengetahui tentang konsert ini, suka Budiey war-warkan bahawa konsert ini yang dibawakan oleh Popcorn Studio akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.

Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.

Ini merupakan langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui penganjuran konsert ini.

Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas.

Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjuran konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat penonton dan peminat yang hadir.

Peraduan Menangi Tiket Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu

[dropcap]A[/dropcap]nda ingin hadir? Nak dapatkan tiket dari Budiey.com? Ya, boleh tu boleh tapi ada tugasan la nak kena buat. Budiey ada 20 tiket ROCK ZONE bernilai RM200 setiap satu untuk dihadiahkan.

Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian dari Afgan atau Ungu dan upload video tersebut ke Instagram anda.

Jangan lupa tag @budiey pada video tersebut. Video yang kreatif dengan nyanyian yang mantap akan mendapat peluang untuk menang tiket. Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket sahaja untuk hadir di Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu

Ingat hashtag ini: #KonsertTerunggulBudiey #KonsertTerunggulAfganUngu

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Rakam Video Nyanyian Anda Berdurasi 60 saat dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan lagu nyanyian dari Afgan dan Ungu dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey serta hashtag: #KonsertTerunggulBudiey dan #KonsertTerunggulAfganUngu pada video tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket.

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertTerunggulBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menang tiket #KonsertTerunggulAfganUngu kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Slogan: Saya mahu menang tiket #KonsertTerunggulAfganUngu kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu

Tarikh tutup peraduan:

4 Oktober 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Popcorn Studio dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem CHASING THE DRAGON

Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Samsung Galaxy Note8