in ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH akan diadakan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur bermula bulan ini juga bakal mencatat pelbagai sejarah lain yang tersendiri. Di setiap lokasi konsert di tiga buah negeri, seorang peminat Search akan dipilih untuk memenangi sebuah kereta Perodua Viva 660 BXA bernilai RM25,300.00 (harga atas jalan termasuk aksesori) sumbangan daripada ORACLE ACCORD sebagai penganjur. Setiap seorang daripada peminat-peminat SEARCH yang mengunjungi konsert tersebut juga akan menerima sehelai T-shirt eksklusif sebagai cenderamata. Ini tentunya sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana konsert artis tempatan mahupun antarabangsa di negara ini.

Search

Konsert ini digempakkan lagi dengan persembahan hebat daripada artis undangan seperti Dato’ M. Nasir di Kuala Lumpur, band pembuka Sofea (Pulau Pinang), Koffin Kanser (Johor) dan Projek Pistol (KL). Terdapat juga persembahan dari band-band undangan lain seperti Bittersweet dan Pesawat. Kehadiran Burn, Nana, Jehan Miskin dan alumni Raja Lawak seperti Nabil, Angah, Jep (Pulau Pinang) dan Johan (Johor dan KL) sebagai pengacara sampingan juga dijangka akan menjadikan siri konsert ini yang paling hebat pernah dianjurkan di negara ini.

Bakal mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu terbaik tanpa sebarang medley, SEARCH menjanjikan persembahan yang berlainan daripada konsertnya yang terdahulu.

Tiket-tiket bagi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH boleh mula dibeli di cawangan-cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my dan berharga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Larkin, manakala harga tiket bagi konsert di Kuala Lumpur adalah RM69. Peminat-peminat SEARCH juga boleh melayari laman rasmi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di Facebook di www.facebook.com/SEARCH30

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 20 keping pass menonton KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di Padang Astaka Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2011 kepada 10 orang pembaca (setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket) dan sehelai baju T Eksklusif untuk setiap pemenang yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan artis undangan yang akan ‘perform’ di Siri Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Kuala Lumpur

Soalan 2:
2. Namakan kesemua ahli kumpulan Search yang terkini

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Tarikh tutup peraduan:
13 Disember 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Tiket-tiket yang dimenangi akan dihantar terus kepada pemenang di alamat yang diberikan
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Search Poster

Search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU Studios Suntik Eleman Animasi 3D Cinta Kura-Kura

Filem Klasik Diamonds Are Forever