in ,

Peraduan Menangi Album MTV Karaoke ST12

Sebuah kumpulan dari Indoenesia yang mempertaruhkan single mereka yang bertajuk Putih-Putih Melati semakin mendapat tempat di hati peminat di Malaysia. Malah video muzik lagu tersebut juga telah ditonton lebih dari sejuta penonton di laman seswang YouTube. Pasti anda kenal kumpulan apa yang kini lagunya sedang rancak dimainkan di radio dan bait-bait liriknya amat dekat di hati peminat cilik dan dewasa ini bukan?

Kumpulan ST 12 yang telah tiba di Malaysia bagi melancarkan album keempat mereka di sini pada 27 Mac yang lalu. Selain dari melancarkan album mereka yang bertajuk Lentera Hati bersama dengan vokalis baru, kumpulan ST 12 turut menghiburkan peminat dengan sebuah mini showcase di Wisma Bentley Damansara dengan membawakan lebih dari empat buah lagu untuk peminat mereka di sini.

ST 12

[dropcap]M[/dropcap]enurut anggota asal ST 12, Pepep memberitahu bahawa pencarian vokalis selama empat tahun itu berakhir apabila mereka bertemu dengan Ridho Tuah, vokalis baru kumpulan tersebut. Kini ST 12 tampil dengan empat orang ahli yang terdiri daripada Pepep selaku pemain dram, Ridho selaku vokalis, Coco selaku pemain gitar utama dan Indra selaku pemain bass.

Mengambil masa hampir 4 tahun untuk mencari vokalis baru dan menelan waktu hampir setahun untuk proses rakaman dan adunan, Pepep dan ST12 akhirnya berjaya melancarkan album terbaru mereka berjudul Lentera Hati. ST12 kini siap beraksi kembali di arena muzik dengan menampilkan vokalis baru bernama Ridho Tuah. Single pertama mereka berjudul Putih Putih Melati sudah mulai mendapat respon positif peminat di laman youtube.

Bercerita tentang album terbaru, Pepep menjelaskan bahawa album terbaru ini sesuatu album yang istimewa. Album ini menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih kariernya bersama ST12 dan meluahkan seribu rasa bahagia bersama ahli baru ST12. Lagu-lagu dalam album ini cukup serasi dengan vokal Ridho dan Pepep yakin Ridho mampu pergi jauh dengan bakat yang ada padanya.

Menjawab soalan mengenai isu menciplak lagu kanak-kanak Malaysia yang bertajuk Putih-Putih Melati, Pepep memberitahu bahawa dia mendapat inspirasi dari lagu itu dan mahu lagu kanak-kanak sering dikenang dan dinyanyikan oleh kanak-kanak dengan cara yang tersendiri. Meminjam lagu dan menjadikannya sebagai inspirasi kerana iramanya yang catchy dan lebih senang untuk dinyanyikan, Pepep juga memberitahu bahawa lirik yang sedikit juga disengajakan di dalam lagu kerana mahu pendengar-pendengar lagu itu mengulangi lirik tersebut dan mampu menyanyi bersama berulang kali. Lebih pendek lirik yang dinyanyikan di dalam lagu, maka lebih mudah untuk dihafal.

Identiti setiap kumpulan muzik sangat penting. Secara klise, kumpulan muzik (band) sering dikenali melalui vokalisnya. Maka apabila vokalis tekad keluar dari band, ahli-ahli lain pincang. Akhirnya band berpecah dan membawa haluan sendiri.

Nasib ST12 hampir menemui destinasi yang sama. Lebih empat tahun ST12 terumbang-ambing dengan hanya mengekalkan pemain drum nya sahaja. Ilham Febri atau nama komersialnya, Pepep hampir menemui jalan buntu untuk terus mengekalkan band ST12. Namun benar sekali kata hikmah, usaha itu tangga kejayaan.

Pengurus A&R Rumpun Records, Nino menafsirkan album Lentera Hati sebagai album yang amat menakjubkan.

“Ridho memberikan persembahan nyanyian yang jujur dan mereka mengadunkan melodi yang catchy bersama susunan muzik yang ringan menjadikan album ini mampu menjadi dendangan untuk beberapa tahun akan datang. “

Album Lentera Hati sudah mulai dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Rumpun Records dan Universal Music. Album ini juga boleh dimuat turun secara digital dari iTunes dan syarikat telekomunikasi tempatan.

Peminat-peminat ST 12 boleh mendapatkan album Lentera Hati yang berharga RM 19.90 di kedai muzik berhampiran. Album yang diedarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Rumpun Records dan Universal Music ini juga boleh dimuat turun secara digital dari iTunes dan syarikat telekomunikasi tempatan.

Kumpulan ST 12 bakal buat sidang media dan Mini Showcase di Malaysia pada 27 Mac ini.

Peraduan Menangi Album MTV Karaoke ST12

Hadiah: 10 X CD Album MTV Karaoke ST12

Untuk menang cd album karaoke ini, anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Siapakah nama vokalis baru ST12?

Slogan: Saya menggemari album terbaru S12 kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
10 Oktober 2013

Tajuk Email: Peraduan Menangi Album MTV Karaoke ST12

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Universal Music & Rumpun Records serta pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Perkembangan terbaru ST12 boleh diperoleh dari laman rasmi Facebook dan twitter mereka di :

Facebook: https://www.facebook.com/officialST12

Twitter: https://www.twitter.com/officialST12

Portal Gila Muzik: www.gilamuzik.com

Peraduan Menangi Album MTV Karaoke ST12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang K-Pop Star Hunt Season 3 Wakil Malaysia

Kekasih Hadiah Haliza Misbun Rumah Condo RM2Juta