in

Peraduan Menangi Album Klangit di Budiey.com

Klangit merupakan sebuah Pop rock band yang telah 5 tahun bertapak di dalam industri muzik tanah air. Namun baru kini nama mereka mula dikenali dan sering diperkatakan ramai. Semuanya kerana lagu berhantu mereka SESAL MENDUA.

Malah ramai yang menggangap mereka adalah band dari negara seberang. ‘Kami dari Malaysia dan warganegara Malaysia’, kata mereka ketika membuat persembahan pentas bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

Klangit Lancar Album Terbaru Berjudul DEWI

Klangit di anggotai oleh Ary selaku vokalis, Haris selaku pemain gitar utama dan Ewan sebagai pemain Bass. Mereka merupakan rakan sepermainan sejak kecil kerana mereka tinggal berdekatan antara satu sama lain. Minat mereka di dalam muzik telah pun di pupuk ketika di bangku sekolah lagi.

Keunikan Klangit memang tidak dinafikan lagi, Ary mempunyai suara seakan-akan penyanyi yang berasal dari Indonesia, Petikan gitar Haris yang sangat mengujakan dan Ewan lah yang menubuhkan Klangit.

Maksud Klangit diilhamkan sebagai menadah tangan ke langit (BERDOA). Klangit dicungkil bakat mereka oleh seorang produser yg bernama Mujahid. Namun tuah mereka masih belum kelihatan ketika itu. Atas kesungguhan dalam memperjuangkan nama dan muzik mereka, pada Ogos 2011, secara rasminya Klangit bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Malaysia. Sony Music mempercayai bakat terpendam mereka dan melalui kata sepakat bersama-sama antara artis dan syarikat rakaman telah memilih melahirkan single pertama Klangit yang berjudul SESAL MENDUA.

Peraduan Menangi Album Klangit di Budiey.com

Budiey ada 5 buah album terbaru Klangit yang siap ditandatangani grup Klangit dan ingin memberikan kepada 5 orang pembaca bertuah yang menyertai peraduan ini.

Pembaca hanya perlu menjawab 4 soalan mudah & mencipta slogan kreatif berikut:

Soalan 1:
Senaraikan kesemua ahli kumpulan Klangit

Soalan 2:
Sebutkan dua buah lagu Klangit yang kini rancak diputarkan di radio.

‘Saya Mahu album Dewi dari Klangit kerana…(tidak lebih dari 20 perkataan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jawaban tepat serta slogan paling kreatif.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Album Klangit di Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
26 Oktober 2012

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos biasa.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

Terima kasih Sony Music Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Songlap Terima Pengiktirafan Di Jerman Dan Arab

PSY di Hari Belia 2013 Penganjur Perlu Bayar RM2.3 Juta 1 Lagu