in ,

Peraduan Menang Tiket Back Stage Konsert Taylor Swift

Cornetto kini turut memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati artis pujaan mereka, Taylor Swift. Nikmati ais krim lazat ini dan anda boleh memenangi pelbagai hadiah. Hadiah utama termasuklah tiket ke konsert Taylor Swift The Red Tour di Malaysia pada 11 Jun!

Salam kepada semua pembaca Budiey.com… Ini ada satu berita baik untuk anda yang minat Taylor Swift. Cornetto, pilihan utama ais krim di kalangan remaja, memperkenalkan ais krim Cornetto Taylor Swift Blackforest RED edisi terhad sempena penajaan eksklusif bersama penulis kisah cinta unggul iaitu Taylor Swift yang juga merupakan pemenang Anugerah GRAMMY sebanyak tujuh kali dengan Konsert The Red Tour.

Edisi Terhad Ais Krim Cornetto Taylor Swift Blackforest Red Peluang Terakhir Untuk Memenangi Pas Taylor Swift The Red Tour Meet & Greet, Pas Pit Standing, Tiket Konsert, Pas Backstage Dan Barangan Taylor Swift.

– Budiey

Hayati dan alamilah rasa dan tekstur Cornetto Taylor Swift Blackforest RED edisi terhad yang tidak boleh dilupakan, daripada bentuk hiasan ros merah berkrim dan kepingan coklat kepada aiskrim coklat enak disertakan dengan sos raspberi. Hanya melalui gigitan pertama, anda tidak akan mampu mengetepikan ais krim ini sehinggalah ke titisan coklat yang terakhir.

Direka khas untuk konsert Taylor Swift, bungkusannya turut menampilkan tandatangan dan wajah Taylor Swift pada bahagian penutup dalam enam rekaan berbeza. Ia kini boleh didapati di semua kedai di seluruh negara termasuk kedai serbaneka utama, stesen minyak dan pasar raya kecil pada harga hanya RM2.90.

  • Lima (5) x 1 Pasang Pas Meet and Greet dan tiket Pit Standing
  • Lima (5) x 1 Autographed Baby Taylor Swift Guitar (Gitar Kecil)
  • Lima puluh (50) x 1 Pasang Tiket Pit Standing
  • Lima (5) x 1 Pasang Pas Back Stage + Tiket Red Zone
  • Tiga puluh (30) x 1 Pasang Tiket Red Zone

Hadiah lain termasuk CD RED Taylor Swift yang ditandatangan, set fon kepala Cornetto RED, baju-T Taylor Swift, topi Taylor Swift RED Cornetto, penghias kulit iPhone 5 Taylor Swift dan rantai kekunci Cornetto.

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR
Ais Krim Cornetto Taylor Swift

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat EXO Rempuh Polis Jepun di Lapangan Terbang Haneda

Peraduan Menang iPad Mini & Kamera Fujifilm Instax