in ,

Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY TV9

Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY TV9

Salam buat semua pembaca setia Budiey.com,

Budiey ada 50 keping pass untuk anda menonton secara langsung pertarungan muzik band terkemuka BUNKFACE, HUJAN & NIDJI di GIG TRIPLE PLAY anjuran TV9 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119).

GIG TRIPLE PLAY TV9

KL Live akan menjadi saksi kepada aura ketiga-tiga kumpulan yang akan mempersembahkan kehebatan masing-masing di hadapan 1000 orang penonton.

TV9 membawa kumpulan popular dari Indonesia, Nidji yang dianggotai oleh Giring (vokal), Rama dan Ariel (gitar), Adri (dram), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) untuk berkongsi pentas dengan dua kumpulan hebat tanahair, Bunkface dan Hujan, demi meraikan muzik dan kreativiti tanpa batasan. Nidji yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat amat berbesar hati untuk berkongsi kreativiti dan seterusnya menghiburkan komuniti Nidjiholic di Malaysia.

Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa’an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ’Anugerah Bintang Popular 2009’ (ABP 2009) dalam kategori ’Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,’ ’Anugerah Shout! 2009’ bagi kategori ’Break Out Award’, ’Rockstar Award’ dan ’The Ultimate Shout Award’ serta ’Anugerah Shout! 2010’ bagi kategori ’Rockstar Award’ dan ’Music Video Award’.

Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi ’Album Terbaik ”Hujan”’ dan ’Lagu Rock Terbaik ”Bila Aku Sudah Tiada.’ ” Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi www.tv9.com.my/gigtripleplay dan di laman twitter @tv9malaysia melalui #gigtripleplay.

Mahu memenangi sepasang pass untuk ke GIG TRIPLE PLAY TV9 ini? Sertailah peraduan anjuran TV9 ini.

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Namakan 3 grup yang bakal buat persembahan di GIG TRIPLE PLAY.

Soalan 2:
Namakan Stesen TV yang menganjurkan GIG TRIPLE PLAY.

Soalan 3:
Apakah Tagline Budiey.com?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu menonton GIG TRIPLE PLAY kerana…

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

29 JUN 2012

Tajuk Email: Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

GIG TRIPLE PLAY Pertaruh BUNKFACE HUJAN NIDJI

GIG TRIPLE PLAY Pertaruh BUNKFACE HUJAN NIDJI

GIG TRIPLE PLAY Pertaruh BUNKFACE HUJAN NIDJI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Unveils Series 9 Notebook

Buku Diari Heliza Helmi & Pelancaran Fesyen Terbaru Get Gorgeous