in

Peraduan Jemputan Ke Forum The Art of Vikingdom

[dropcap]S[/dropcap]empena dengan tayangan Vikingdom yang akan menemui penonton pada 12 September ini, KRU Studios ingin menjemput 5 orang pembaca Budiey.com ke forum ‘The Art of Vikingdom’ pada 27 Ogos di TGV 1 Utama pada jam 2 petang. Pemenang akan diberikan dua pass masuk ke forum yang sangat informatif dengan fakta-fakta dunia perfileman. Jika anda berminat dengan dunia perfileman, Budiey kira ini adalah peluang untuk anda mengetahui selok belok dunia pembikinan filem selain dapat mengetahui lebih lanjut teknologi terkini yang diguna pakai oleh Hollywood.

Vikingdom

Program ini adalah anjuran bersama di antara KRU & TGV Cinemas bagi berkongsi pengalaman dan ilmu di sebalik pembikinan filem “buatan Malaysia untuk pasaran global” ini oleh tenaga kerja penerbitan rakyat Malaysia yang menjadi the “unsung heroes” di sebalik lakonan pelakon- pelakon dari Hollywood.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Afendi Hamdan, Pengerusi FINAS dan panel penceramah termasuk Yusry Abdul Halim (selaku Pengarah), Norman Abdul Halim (selaku Penerbit Eksekutif), Tommy Mansur (selaku Production Designer), Monica Lee (selaku Special EFX Make- up Designer), Rosada Abdul Hamid (selaku Costume Designer), Paul Hasham (selaku Art Director), David Tang (selaku Art Director) and Sherwin Nunis (selaku Art Director) bagi filem Vikingdom.

Tarikh:
27 Ogos 2013 (Hari Selasa)

Masa:
2 petang

Tempat:
TGV 1Utama, Bandar Utama

Jika anda ingin hadir Ke Forum The Art of Vikingdom senang sahaja, anda hanya perlu cipta slogan kreatif, kemudian hantar ke emel Budiey dan akhir sekali anda perlu Tweet di Twitter dengan menggunakan hashtag: #ArtofVikingdom

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Forum The Art of Vikingdom kerana…. #ArtofVikingdom @budiey (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jemputan Ke Forum The Art of Vikingdom

Tarikh tutup peraduan:
Jam 5 petang 26 Ogos 2013 – Isnin

5 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter. Pemenang akan diberikan dua pass masuk ke forum ini.

Terima kasih KRU Studios atas tiket jemputan ini.

vikingdom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran & Prebiu Projek 3R

Keys to Happiness