in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem GHOSTS OF WAR

Salam semua pembaca Budiey.com, rasanya dah lama kita tidak menonton filem di pawagam bersama-sama di Premiere With Budiey. Nah! Ini satu peluang untuk anda menonton bersama-sama. kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama Mega Films Distribution akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem yang menggabungkan aksi perang dan juga seram berjudul GHOSTS OF WAR.

Kalau kita dapat saksikan, filem yang bergenre perang jarang dikembangkan oleh para pembikin filem. Kebanyakan filem perang ini adalah bergenre biografi, aksi, serta beberapa filem superhero popular kebelakangan ini. Sebelum ini, Budiey pernah menonton sebuah filem perang tapi ianya bergenrekan seram horror berjudul Overlord (2018). Filem ini menggabungkan genre perang dengan elemen seram serta fiksyen ilmiah. Sekaligus menjadikan filem ini tampil dengan idea yang segar sebab jarang kita lihat kombinasi genre sebegini, kan? 

Terbaharu ini, ada sebuah filem yang mengangkat idea dan genre yang sama iaitu aksi peperangan dan juga seram serta thriller berjudul GHOSTS OF WAR. Nah! Ini posternya!

GHOST OF WAR poster

Filem GHOSTS OF WAR cuba untuk mengeksplorasi dengan cara yang lebih segar untuk tatapan penonton. 

GHOSTS OF WAR adalah sebuah filem perang-horror arahan Eric Bress yang mana sebelum ini beliau pernah mengarah filem yang sangat unik berjudul Butterfly Effect dan beliau pernah menulis naskah siri Final Destination. 

Filem ini dibintangi oleh beberapa pelakon muda yang kita kenal di beberapa buah siri drama TV seperti Brenton Thwaites, Theo Rossi, Kyle Garner, Alan Ritchson, serta Skylar Astin. Walaupun filem ini bukan diterbitkan oleh studio penerbitan produksi bertaraf mega, namun pencapaian dari sudut teknikal nampak cukup terbilang dan setting juga nampak sangat gah. 

Sinopsis Filem GHOSTS OF WAR

Pada masa Perang Dunia II, lima orang tentara AS mendapat misi untuk mendiami sebuah rumah besar di sebuah kota kecil di Perancis, yang mana dulu pernah diduduki pihak Nazi. Dikatakan penghuni rumah tersebut telah dibunuh secara sadis oleh tentara Jerman. Kemudian, kejadian aneh pun terjadi, setelah mereka bermalam di rumah besar itu. Terdapat entiti yang cukup misteri mulai menganggu kelima tentera tersebut yang menguji kewarasan mereka.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 September 2020.

Budiey ada 20 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi perang yang menyeramkan ini di GSC Mid Valley Kuala Lumpur pada 14 September 2020 (Hari Isnin). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton GHOSTS OF WAR

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Mega Films Distribution ingin menghadiahkan 20 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
14 September 2020 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.30 malam

Tempat:
GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di GHOSTS OF WAR – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #GhostsOfWarMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey filem #GhostsOfWarMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan GHOSTS OF WAR– Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem GHOSTS OF WAR

Tarikh tutup peraduan:

13 September 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Mega Films Distribution dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 September 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lancar Merchandise Istimewa Buat Sitizoners

Pemenang Anugerah JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS Pertengahan Tahun 2020