in ,

Penyanyi Saleem Kemalangan Koma Patah Rusuk Motosikal Dilanggar Kereta

Sama-sama kita doakan semoga Saleem cepat sembuh dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

PENYANYI terkenal Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.

Foto yang kini tular di sosial media menunjukkan penyanyi yang dulunya vokalis kumpulan Iklim terlantar lesu di rawat di Hospital Kajang kerana telah mengalami kemalangan. Berita ini disahkan sendiri oleh isteri kepada Saleem.

image

“Memang betul Abang Saleem kemalangan semalam dan kini dirawat di Hospital Kajang. Dia parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru, namun keadaannya stabil.”

Demikian kenyataan isteri penyanyi Saleem, Juriah@ Julia Bachok mengulas mengenai foto tular menunjukkan keadaan suaminya yang terbaring menerima rawatan.

Terdahulu, gambar itu mencetuskan pertanyaan kerana tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ahli keluarga penyanyi kumpulan Iklim ini.

Juriah berkata, kemalangan berlaku pada petang ketika suaminya keluar rumah untuk membeli barang di kedai.

“Saya dihubungi oleh pihak polis pada 3.45 petang bagi memberitahu perkara ini.

“Abang naik motosikal untuk ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang.

“Kami sebenarnya baru pulang daripada Kuantan kerana urusan perbincangan mengadakan konsert di sana. Malah kami sempat juga menjayakan satu ‘show terpijak’ di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur,”

Juriah berkata, sebaik sampai di Kuala Lumpur pada sebelah paginya, dia mendapat panggilan daripada penganjur yang mahukan Saleem mengadakan persembahan makan malam di Shah Alam.

“Saya keluar untuk membelikan pakaian baru untuk Abang, manakala dia berehat di rumah.

“Tak sangka tiba-tiba kejadian ini menimpanya. Diharapkan semua peminat mendoakan agar keadaan Abang kembali pulih seperti sediakala.”

Penyanyi Saleem Kemalangan Kini Dirawat di Hospital Kajang

Mengenai gambar yang tersiar, Juriah memberitahu bukan daripada pihaknya dan hairan bagaimana boleh tersebar di laman sosial.

Pelantun lagu Suci Dalam Debu itu kini dalam proses untuk dipindah ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. –

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Drama Terbaik Yang Bertanding di ANUGERAH SKRIN 2018

Karier Hazama Hancur Dek Taksub Kejar Kemasyhuran?