in

Penyanyi Nora Ke Dubai Promosi Siri Animasi

HUD HUD Media Sdn Bhd (HHM), produser rancangan siri animasi kanak-kanak 3D yang terkenal iaitu “UMMI…Ceritalah pada kami” (UMMI) sekali lagi akan menjelajah ke negara Timur Tengah untuk menghadiri pameran antarabangsa ‘MYCONTENT DUBAI 2013’ pada 18 dan 19 November 2013. Kali ini, HHM akan memperluaskan pengaruhnya dengan memperkenalkan buah tangan yang terbaru iaitu siri animasi yang berpotensi besar berjudul “Tales of Wisdom” (TOW).

[pullquote align=”right”]Johan dan Nora akan ke Dubai pada 18 & 19 November 2013 bagi mempromosikan siri animasi syarikat mereka iaitu “Ummi…ceritalah pada kami” dan “Tales of Wisdom”.[/pullquote]

UMMI telah ditayangkan di stesen televisyen TV3 selama 2 tahun berturut-turut dan atas permintaan ramai dan sokongan padu dari para peminat dan stesen tersebut, UMMI sekali lagi akan ditayangkan di TV9 menjelang Januari 2014. Selain dari stesen televisyen tempatan, UMMI juga bakal disiarkan di stesen televisyen utama Indonesia iaitu Global TV. Sehingga kini, UMMI telah menarik minat dan mendapat permintaan menggalakkan dari beberapa buah negara lain di serantau Asia, Afrika, MENA, Eropah dan Amerika Syarikat.

Siri animasi UMMI mensasarkan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 10, dan seisi keluarga. Dalam siri ini, UMMI banyak mengajar tentang nilai-nilai murni, sikap dan etika yang positif, juga pengajaran dan tauladan dalam kehidupan seharian. UMMI telah mendapat banyak pengikhtirafan dan memenangi pelbagai anugerah tempatan, antaranya termasuklah NEF AWANI ICT AWARDS bagi kategori ‘Best Animation / Games’ 2011, Lagu Nasyid Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2011 dan anugerah Nasyeed.Com bagi Video Muzik Terbaik. Tambahan itu, hampir ke semua muzik video UMMI di Youtube juga mendapat sambutan yang hangat dan telah mencecah jutaan penonton.

UMMI merupakan sumber ilham dari NORA ARIFFIN atau lebih dikenali sebagai NORA – penyanyi tersohor di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia (juga merupakan 9 kali penerima anugerah berprestij Anugerah Industri Muzik (AIM)). Beliau sangat terkenal dengan lagu hitnya “Dipersimpangan Dilema” yang telah memenangi anugerah Platinum di Warner Music Asia pada pertengahan tahun 90-an. “UMMI merupakan hadiah saya untuk masyarakat umum. Sebagai ibu kepada 4 orang anak, isteri, dan juga penyanyi / selebriti, saya telah mengumpul banyak pengalaman dan ilmu, dan seringkali ketika bersama rakan-rakan, kami cuba mencari jalan untuk mencipta ‘content’ yang sarat dengan nilai-nilai moral dan kisah-kisah yang dapat dijadikan pengajaran kepada anak-anak. Bagi saya, untuk permulaan, kanak-kanak merupakan golongan insan yang paling tepat, sebelum mereka meningkat dewasa, In Shaa Allah”

Peminat UMMI

Selain dari UMMI, HHM juga mempunyai sebuah karya animasi yang terbaru berjudul “Tales of Wisdom” (TOW), siri animasi ini direka khas melalui kombinasi teknik 2D & 3D “POP-OUT”, dan diolah melalui teknik penceritaan oleh suara latar dengan nada emosi dan ekspresi yang amat unik. TOW dihasilkan sebanyak 30 episod dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia mengandungi pelbagai variasi cerita yang mengandungi nilai-nilai murni khususnya bagi kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 10 tahun. Pada peringkat permulaan, TOW dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris bertujuan untuk memenuhi permintaan dan edaran antarabangsa dan kemudian akan dialih bahasa dalam versi Bahasa Melayu bagi memenuhi permintaan khas oleh pihak stesen televisyen tempatan. Walaupun masih belum ditayangkan secara rasmi, TOW telah dicalonkan sebagai TOP 5 ‘Best Animation / Games’ dalam anugerah NEF AWANI ICT AWARDS 2013 (keputusan rasmi bakal diumumkan pada Disember 2013). Untuk makluman ramai, TOW merupakan idea bernas dari NORA ARIFFIN, yang juga merupakan pengasas bersama HUD HUD MEDIA SDN BHD.

NORA bersama suami, seorang penulis lirik / produser dan Ketua Eksekutif Hud Hud Media, JOHAN NAWAWI akan berada di DUBAI bagi mempromosikan “UMMI” dan “Tales of Wisdom” di MALAYSIAN PAVILLION, The Big Entertainment Show, pameran MYCONTENT dari 18 hingga 19 November 2013 di Dewan 8, Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa DUBAI. Semua delegasi dan pameran booth Malaysia, dikendalikan oleh syarikat tempatan iaitu Creative Content Association Malaysia (CCAM).

UMMI & TOW akan diedarkan di seluruh pasaran antarabangsa oleh Worldwide Rights Corporation.

NORA

UMMI - poster

UMMI & NORA


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamera Terbaru Ricoh Pentax K-3 Dilancar di Malaysia

Twitter Radio Hot FM Kini Ada 1Juta Follower