in

Penyanyi Irwansyah Ditangkap Pesta Dadah Bersama Isteri

Ini mungkin antara berita mengejutkan yang berlaku pada masa ini. Penyanyi, pelakon yang juga artis popular Indonesia bernama Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.

Penyanyi Irwansyah Ditangkap Pesta Dadah Bersama Isteri

GAMBAR fail menunjukkan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah (kiri) dan Zaskia Sungkar ketika ditemu bual dalam satu program TV di negara jiran itu.

Membaca berita ini, sekilas Budiey teringat dengan apa yang berlaku pada seorang pengacara popular di mana ditangkap di sebuah kelab malam beberapa tahun sudah. Adakah Irwansyah juga menjadi mangsa keadaan atau mungkin juga beliau berada di suatu tempat yang tak sepatutnya pada masa yang salah?


Seperti tak percaya pulak Irwanshah ni jadi penagih dadah dan mengamalkan hidup sosial. Seingat Budiey, Irwansyah ni pernah berlakon dalam filem LOVE.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. – BERNAMA

LOVE FIlm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Muda Indonesia Raffi Ahmad Ditangkap Anjur Pesta Dadah

Persembahan Lapan Penyanyi Malaysia di Malaysian Supernova Concert Perancis