in

Penyanyi Ahmad Jais Meninggal Dunia

Pada 22 Jun 2009, Mas Halilah Mas Nayeem, isteri kepada penyanyi terkenal, Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.21 malam, di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selang 2 tahun kemudian, iaitu pada hari ini, Ahmad Jais mengikut langkah isterinya untuk menemui Yang Maha Pencipta.

Berita tentang pemergian sebutir lagi bintang yang Budiey sifatkan sebagai lagenda ini telah disebarkan melalui twitter dan Facebook. Ketika itu, Budiey sedang menghadiri majlis prebiu media Filem The Thing di Mid Valley.

Budiey ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Ahmad Jais dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah.

3033564673 60506305B6 | 4
Allahyarham Datuk Ahmad Jais
Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa. Jenazah Allahyarham telah dimandikan dan dikafankan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk urusan pengebumian selepas solat Zohor petang ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Allahyarham yang dilahirkan pada 28 Mac 1936, berusia 75 tahun merupakan penyanyi popular era 60an dan 70an. Allahyarham menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Di Pertuan Agong pada tahun 2006.

Antara lagu popular Allahyarham termasuklah Juwitaku Sayang (duet bersama Allahyarham Datin Rafeah Buang), Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, Bahtera Merdeka, Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah dan Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari).

Perkongsian hidup arwah dengan Ahmad Jais telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maimun, 29. Allahyarham yang sinonim dengan lagu hitsnya seperti Di Ambang Sore dan Selamat Hari Raya ini menetap di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Jenazah-Ahmad-Jaiz

UPDATED: JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD JAIS SELAMAT DIKEBUMIKAN

Jenazah Allahyarham Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Selasa.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu. Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.

Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.

“Sejak semalam keadaan ayah bertambah kritikal dan doktor menasihati supaya kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya dan adik bersama Allahyarham sejak semalam dan sempat membacakan surah Yassin sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi ini (Selasa),” ujarnya.

Selain Maimun dan Mashitah, tiga lagi anak Allahyarham ialah Mohamad Iskandar Mohd Jais, 45, Mohd Iesham, 43 dan Salawati, 30-an. Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikapan dan disembahyangkan.

Peminat dan rakan artis penyanyi veteran itu kelihatan berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap beliau. Antara artis yang kelihatan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Aziz Satar dan Ibnor Riza. via Mstar Online

Ahmad%20Jaissss | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Klip 3GP Bakal Mengghairahkan Pawagam

Senarai Peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa