in ,

Penyakit Autoimun & Bipolar, Akhirnya Putera Mateen Dedah Penyakit Sebenar Putera Azim

“Abang saya didiagnos dengan auto immune disease” – Putera Mateen Bersedih Atas Kematian Kekanda, Luah Perasaan di Instagram

Pada 24 Oktober lalu, rakyat Brunei telah dikejutkan dengan berita duka apabila pihak istana Brunei memaklumkan bahawa anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim atau lebih dikenali sebagai Putera Azim sudah mangkat.

Menurut laporan Radio Televisyen Brunei, putera yang berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi dan telah pun dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Pemergian Putera Azim yang juga kekanda kepada Putera Mateen ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam kepada kaum kerabatnya.

Setelah mendiamkan diri buat beberapa ketika, akhirnya Putera Mateen semalam memuat naik satu posting di Instagram untuk meluahkan perasaan hatinya. 

Penyakit Autoimun & Bipolar, Akhirnya Putera Mateen Dedah Penyakit Sebenar Putera Azim

Menerusi posting itu, Putera Mateen berkata abangnya merupakan seorang yang suka berjenaka dan kebanyakan masa di zaman kecilnya telah dihabiskan bersama Putera Azim.

Pun begitu, awal tahun ini, Putera Azim telah didiagnos dengan penyakit autoimun yang mana antibodi menyerang tisu badan. Pada masa yang sama juga, Putera Azim sedang bergelut dengan penyakit bipolar yang dialaminya yang membuat keadaan bertambah perit.

“Kekanda saya mengalami beberapa kegagalan organ disebabkan jangkitan yang kerap berlaku akibat daripada penyakit autoimun. Perkara ini membawa kepada kemangkatannya pada 24 Oktober 2020 lalu. 

“Kami ingin berkongsi informasi ini mengenai penyakit yang dihadapinya kerana saya pasti inilah yang kekanda saya mahukan. Dia gemar memberi sokongan kepada pelbagai jenis kempen kesedaran. 

“Ketika saya dan kaum kerabat berasa sedih dan teramat menyayanginya, kami tahu yang Allah lebih menyayanginya. ‘Dari Allah kita datang, dan dari Allah juga kita kembali’. 

“Terima kasih semuanya atas ucapan takziah dan sering menyelitkan Putera Azim serta keluarga saya dalam ingatan dan doa anda semua. Kami okey. Kami cuma merinduinya. 

“Sampai kita bertemu lagi bang. Al Fatihah.” 

– IG Putera Mateen

Pengiran Muda Abdul Mateen yang turut dikenali sebagai Prince Mateen merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas uzapan takziah, dan doa yang dipanjatkan buat Almarhum dan kerabat diraja Brunei.

Berita kemangkatan Almarhum telah mendapat perhatian bukan hanya di Brunei malah di Malaysia kerana keakraban hubungan antara kedua-dua negara.

Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di International School Brunei, Raffles Institution, dan Oxford Brookes University, United Kingdom.

Penyakit Autoimun & Bipolar, Akhirnya Putera Mateen Dedah Penyakit Sebenar Putera Azim

Posting daripada Putera Mateen ini mendapat ratusan komen takziah dari netizen ramai termasuklah kaum kerabat diraja di Malaysia dan selebriti Hollywood terkenal.

Antaranya ialah anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman; anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Iman Afzan dan selebriti Hollywood, Naomi Campbell.

Kami di Budiey Channel mendoakan semoga roh Almarhum tergolong bersama para hamba yang diredhai. Al-Fatihah.

*Sumber: IG Putera Mateen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tak Perlu Pakai Macam Pelacur Untuk Reviu Produk,” – Zarina Anjoulie Bidas Influencer Seksi

“Saya Mempercayai Orang Yang Salah,” Tiba-Tiba Elizabeth Tan Menangis Teresak-Esak