in , ,

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Walaupun dikecam oleh netizen dan menjadi viral gara-gara diadakan semasa negara dilanda penularan Covid-19, namun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 tetap berlangsung dengan prestij dan kemeriahannya di Axiata Area Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

ABPBH pada tahun ini menyaksikan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular. Tahniah kami ucapkan! Menerima undian hampir 23 juta daripada peminat melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan Leave berserta trofi. Penyanyi berusia 22 tahun ini turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

HAQIEM RUSLI MENANG ABPBH

Bagi kategori lain, Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh Ben Amir dan Siti Saleha pula membawa pulang kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Dua penyanyi popular iaitu Khai Bahar dan Siti Nordiana membuktikan mereka adalah pasangan serasi apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu turut membawa pulang trofi bagi kategori Artis Versatil Popular.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Pengacara program Muzik-Muzik dan Big Stage, Sherry Alhadad memenangi dua kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Sementara itu, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid mengekalkan kejayaan yang diraih tahun lalu bagi kategori Penyampai Radio Popular.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Penyanyi lagu Canggung Wany Hasrita memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.

ABPBH33 kali ini mengejutkan penonton apabila pelakon Zahiril Adzim memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Datuk Rosyam Noor, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Zizan Razak dan Zul Ariffin.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Manakala, Mawar Rashid pula pertama kali memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, pelakon baharu Isyariana muncul sebagai pemenang bagi kategori wanita dan Chubb-E bagi kategori lelaki.

ABPBH33 dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee.

Persembahan pembukaan dijayakan oleh Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff menerusi sketsa komedi.

Pentas ABPBH33 diserikan dengan persembahan Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH ABPBH33.

1) BINTANG PALING POPULAR: Haqiem Rusli

2) PENYANYI LELAKI POPULAR XIAOMI: Haqiem Rusli

3) PENYANYI WANITA POPULAR XIAOMI: Wany Hasrita

4) ARTIS KOLABORASI/ DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Siti Nordiana & Khai Bahar

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Chubb-E

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Isyariana

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Zahiril Adzim

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Mawar Rashid

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Ben Amir

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Siti Saleha

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: Sherry Alhadad

12) PENGACARA TV POPULAR: Sherry Alhadad

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ Lin/ Suria FM

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: Siti Nordiana

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Francissca Peter

KATEGORI ONLINE

1) GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR: Kamal Adli & Uqasha Senrose

2) GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR: Syafiq Kyle & Mimi Lana

3) ARTIS KONTROVERSI POPULAR: Aiman Tino

4) FC FANTASTIK POPULAR: Siti Nordiana FC

5) LAGU PALING BOOM: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran Terkenal Subang Jaya Didakwa Hidang Mi Kari Dengan Daging Babi?

Gantung Vape Di Leher Semasa ABPBH 33, Shaheizy Sam Ditegur Admin Facebook PHM